Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH RASMILAH TUW

Tak rasmi: Mat Sabu menang No 2 PAS

June 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohamad Sabu menang jawatan timbalan presiden PAS, dan jika disahkan, ia akan mengejutkan banyak pihak dalam parti Islam itu dan pemerhati politik negara.

Keputusan rasmi akan diumumkan sekitar 10 pagi ini.
Proses mengira undi selesai tengah malam tadi.

Di peringkat naib presiden, Datuk Paduka Husam Musa kembali memperoleh kedudukan itu, yang dikosongkan dua tahun lalu ketika memutuskan untuk bertanding timbalan presiden.

Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar kekalkan kerusi nasib presiden.

“Berdasarkan maklumat tak rasmi, Mat Sabu (gambar) dapat sekitar lebih 450 undi kali ini, mengatasi dua calon lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Mohamad yang lazimnya dirujuk sebagai “Mat Sabu” bertanding kali kedua berturut-turut jawatan timbalan presiden.

Beliau bersaing dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man — yang dikategorikan sebagai pemimpin daripada kalangan ulama.

“Bagaimana kita kena tunggu pengumuman rasmi, sebab kita tidak mahu apa yang berlaku dua tahun lalu, keputusan terbalik ketika pengumuman rasmi dibuat,” katanya.

Kali ini PAS mengadakan proses kira undi dengan menyediakan ejen calon.

  Jawatan naib presiden turut disaingi oleh bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Idris Ahmad iaitu Ketua Penerangan PAS dan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.