Semua rakyat berbagai lapisan memahami bahawa UMNO yang menerajui BN didalam keadaan tenat, sokongan rakyat berbagai kaum terhadap UMNO semakin luntur, keadaan ini sedang diperhatikan oleh berbagai-bagai parti di luar dan didalam BN sendiri, ini menyebabkan diantara parti didalam BN terutama MCA sudah mula bersuara lantang mengkritik dasar kerajaan yang dipimpin oleh UMNO
UMNO sendiri menyedari hakikat ini, mereka di ibaratkan sedang bernafas didalam lumpur, apa yang diharapkan oleh mereka ialah terus berkuasa dan menerajui negara dengan mengharapkan sokongan daripada rakyat terutama orang melayu akan tetapi setakat ini mereka belum lagi berjaya menggoda rakyat terutamanya melayu daripada parti PAS sebab PAS sudah ada pengalaman hitam bersama UMNO
Pemimpin UMNO tidak berani mengundang PKR atau berjinak-jinak dengan PKR kerana mereka begitu gerun dengan Anuar Ibrahim yang mereka anggap sebagai seorang yang licik didalam berpolitik, takut nanti Anuar dan partinya memegang pucuk pimpinan negara kerana penyakit UMNO yang sentiasa mahu menjadi tokeh begitu membara didalam benak mereka, sebab itu PKR tidak dijinakkan oleh UMNO
Apa yang penting bagi pucuk pimpinan UMNO sekarang ini ialah berdamping dengan PAS yang mereka harapkan PAS dapat membantu menguatkan parti mereka dengan menggesa supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan menyertai BN, jika ini berhasil dilakukan maka kita nanti boleh dengar suara pemimpin UMNO mendabik dada menyatakan bahawa mereka adalah parti yang kuat dan sukar ditumbangkan maka akan kedengaranlah slogan TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA sekali gus memberikan jawapan kepada MCA supaya mereka menutup mulut didalam BN
Berbagai helah telah dilakukan oleh UMNO supaya melayu dapat bersatu dengan UMNO dengan berdalih untuk menguatkan BN demi perpaduan rakyat untuk membangunkan negara namun helah ini cepat dihidu oleh orang melayu terutama orang melayu yang berada didalam PAS dan mereka menyedari bahawa PAS adalah sebuah parti islam/melayu yang paling kuat buat dewasa ini jadi mereka nampaknya belum lagi berputus asa untuk memikat PAS supaya menyertai BN atau jika tak mahu menyertai BN pun tidak mengapa asalkan keluar daripada Pakatan Rakyat, tektik ini sebenarnya adalah untuk membunuh Pakatan Rakyat dan ia telahpun dibaca habis oleh pimpinan PR
Orang melayu sekarang sudah pandai membaca tektik UMNO dam parti-parti didalam komponennya, UMNO merasa gelisah kerana orang melayu berpecah dan tidak lagi menyokongnya sementara MCA yang berada didalam komponen BN merasa berani mengkritik keras UMNO kerana MCA nampak orang melayu bercerai berai dan UMNO sedang dalam keadaan lemas, jadi suasana ini menyebabkan BN bercelaru dan kelamkabut dalam urusan berpolitik dan ekonomi jadi apa yang UMNO perlu lakukan sekarang ?
Nampaknya UMNO tidak ada jalan yang lain melainkan berbaik-baik dengan PAS supaya UMNO dapat bersuara lantang namun caranya ialah dengan berjumpa dengan pimpinan PAS dengan merayu dan menawarkan jawatan 3 menteri kepada PAS andainya PAS bersetuju menyertai BN sekali gus untuk menguatkan UMNO akan tetapi PAS telah menolaknya dan rahsia ini telahpun terbongkar dan telah dikeyahui umum maka frust menonggenglah mereka, akan tetapi mereka belum lagi berputus asa
APA CARANYA ?
Mereka gunakan masa dan ketika yang baik untuk melibatkan diri semasa muktamar PAS sekarang ini dengan menyediakan ruang akhbar untuk liputan sepanjang muktamar diadakan dan sudah diketahui umum bahawa mereka sekarang ini sudah membuat kenyataan melalui akhbar bahawa mereka menyokong kepimpinan ulama bagi menerajui parti PAS pandangan mereka ini sekali gus menggelapkan peluang Mat Sabu untuk memenangi kerusi no 2 didalam parti tersebut ini bererti nanti kita akan dapat melihat sama ada Tuan Ibrahim atau Nasaruddinlah yang akan memenangi kerusi no 2 ini, bagi Mat Sabu yang tidak disukai oleh UMNO tetap tersungkur
Andainya Mat Sabu tersungkur maka rasanya Tuan Ibrahim Tuan Man tetap akan memenangi kerusi No 2 ini, bagi Nasaruddin Mat Isa dia ni lembik sikit tapi dia adalah pujaan hati UMNO termasuklah Tuan Ibrahim kerana UMNO mahukan pimpinan Ulama jadi Tuan Ibrahim Tuan Man adalah ulama jadi sekali gus UMNO juga suka pada Tuan Ibrahim Tuan Man dan nanti kita aka dengar bahawa UMNO akan melambung ulama pada liputannya
0 orang berkata:
Post a Comment