Kita berasa hairan kerana sejak dua tiga hari ini Utusan Meloya memberikan ruang yang luas kepada berita-berita tentang pentingnya mempertahankan kepimpinan Ulama'. Sedangkan perkara sudah jelas selari dengan perjuangan dan perlembagaan PAS. Sebelum ini Utusan Meloya saban hari, minit dan saat menghentam, memfitnah dan membaham PAS tanpa belas ihsan. Tetapi kini begitu lunak dan beradab dengan PAS.
Hari ini Utusan menggunakan tajuk gandingan HADI-NASHA mantap. Hebat sungguh Utusan Meloya. Kita hanya mahu pimpinan dan ahli PAS supaya berwaspada dengan Utusan kerana setiap langkah dan gerak geri mereka sudah pasti mempunyai strategi dan perancangan tertentu.
Semoga kita semua sentiasa mengkaji dan berfikir tentang perancangan dan perang saraf UTUSAN MELOYA.
0 orang berkata:
Post a Comment