Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGILAH DUIT LEBIH BARU BOLEH BUAT KERJA KERAS

Sunday, October 9, 2011

Lepas Geram - Najib Balun UMNO Wilayah Persekutuan?

 


Ikuti ucapan terbaru PM Datuk Seri Najib dengan nada keras memberi peringatan buat hampir kesemua Ahli UMNO yang hadir pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC. Adakah Ahli UMNO sudah benar2 siap sedia berhadapan Pakatan?

Sokong Calon Yang Dipilih - DS Najib


Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada setiap parti komponen untuk menerima 'winnable candidate' yang telah ditentukan oleh kepimpinan tertinggi bagi pilihanraya umum kelak.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri hampir 8,000 pemimpin dan penyokong Barisan Nasional.

Najib turut memperingatkan kepada setiap parti komponen untuk menjalankan persediaan dan tahap kesiagaan bersifat menyeluruh tanpa mencetuskan masalah dikalangan parti komponen dan penyokong.

Beliau turut menyentuh 'winnable candidate' yang dipilih dan ditentukan kepimpinan tertinggi perlu disokong dan diterima dalam memberikan kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Dalam ucapannya, beliau turut menegur sikap sesetengah pihak yang tidak membantu calon yang diketengahkan oleh pusat seperti yang berlaku pada pilihanraya umum Sarawak yang lalu.

Najib turut memperingatkan setiap parti komponen untuk bersedia dari segi mental dan fizikal bagi memenangkan calon Barisan Nasional di Wilayah Persekutuan pada pilihanraya umum nanti.

Dalam pada itu, beliau menyindir pihak pembangkang yang sudah kekeringan idea politik sehingga pembentangan belanjawan 2012 hari jumaat lepas turut dikatakan dicedok dari bajet Pakatan Rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.