Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BELILAH APA NAK BELI, NEGARA KAYA, RAKYAT AMAN MAKMUR

Ahad, 2 Oktober 2011

Jet tempur Eurofighter: Zahid kehabisan duit menyelenggara Scorpene

Jet tempur Eurofighter: Zahid kehabisan duit menyelenggara ScorpeneRancangan pembelian jet tempur Eurofighters bagi menggantikan 10 MIG-29 buatan Rusia telah dibekukan sementara ini, menurut Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dipetik menyatakan kerajaan kekurangan dana dan memerlukan dana ini untuk projek-projek lain di bawah Rancangan Malaysia ke-10, antara sebab Kementerian Pertahanan itu mengubah rancangan pembelian itu.

Namun para aktivis yang memantau pembelian senjata berat itu, langkah ini langsung tidak mengejutkan. Mereka telah lama mempersoalkan Kementerian Pertahanan dengan dasar pembelian itu lebih daripada keperluan meningkatkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial yang masih tidak membaik.

Pada tahun 2010 yang lalu, kementerian itu telah mendapat peruntukkan bernilai RM9.1 bilion atau penurunan sebanyak RM1.5 bilion pada tahun 2009. Namun begitu, pada tahun 2011,  peruntukkan telah dinaikkan lagi kepada RM11 bilion selepas penambahan sebanyak hampir RM500 juta bagi kos perkhidmatan ‘penyelenggaraan’ kapal selam kontroversi Scorpene. Ada kerunsingan yang ini adalah modus operandi Najib yang terbaru, iaitu – memperuntukkan belanjawan pertahanan yang sedikit kecil bagi mengelakkan perkara ini mendapat perhatian umum.

Jumlah terkumpul dana kecemasan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) ialah RM23 bilion. Selama tempoh itu, peruntukkan untuk keselamatan – keselamatan dalam negara dan pertahanan – telah meningkat sebanyak 15.9% dan 15% di bawah RMK-3 dan RMK-6, dan peruntukkan untuk perkhidmatan kesihatan pula merosot kepada 1.6% dan 1.0% di bawah RMK-4 dan RMK-5.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN dapat melarikan diri dari bertanggungjawab dari memberikan jawapan tentang belanjawan pertahanan yang besar sejak beberapa dekad lalu kerana adanya penghakisan di dalam system demokrasi kita, yakni dominasi pihak eksekutif ke atas Parlimen; hilangnya tanggungjawab ke atas rakyat; ketiadaan undang-undang Hak Bermaklumat; kepincangan pembahagian antara eksekutif dan kehakiman; kelemahan dalam menyelenggara hak sipil masyarakat,” ujar SUARAM dan Persatuan Orang Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor di dalam kenyataannya tentang pembaziran dana oleh kerajaan dalam pembelian senjata.

Kapal selam Scorpene
 
Sesungguhnya, pembelian asset pertahanan di Malaysia sering diselimuti kontroversi dan rasuah. Contohnya, pembelian bernilai RM8 bilion kapal selam Scorpene buatan syarikat Perancis – DCN dan bayaran komisen senilai RM570 juta kepada Perimekar – sekarang menjadi isu rasuah besar di mahkamah di Paris yang akan dibentangnya tidak lama lagi.

Isu Scorpene ini terus menjadi tarikan kepada semua kerana kos tambahan terus dimasukkan walaupun perbelanjaannya sudah melebihi tahap kemampuan. Secara jelas terdapat kesalahan di dalam perkiraan tentang kos sebenar untuk menyelenggara dua buah kapal selam ini. Kos penyelenggaraan pertama menurut Kementerian Pertahanan ialah RM50 juta setahun untuk 6 tahun – jumlah yang hanyalah anggaran kasar. Tetapi sekarang RM417 juta diperlukan untuk kos itu. Terdapat peningkatan sebanyak RM117 juta lebih dari angka RM300 juta yang dicadangkan penjual.

Lubang duit
 
Yang terbaru, rancangan menggantikan jet tempur MIG-29 dengan jet tempur Eurofighters dengan menggunakan dana milik negara. Jet tempur jenis Typhoon ini adalah lubang duit, bukan sahaja kerana keuntungan komisennya yang tinggi kepada ‘orang tengah’. Menjaga, menyelenggara dan membaiki kapal-kapal terbang ini bukanlah murah dan banyak negara yang sudah menempah terpaksa mengurangkan jumlah tempahan kerana kos penyelenggaraannya yang tinggi.

Jet tempur jenis Typhoon enjin berkembar ini telah diperkenalkan pada tahun 2003, dibina oleh konsortium gabungan European Aeronautic Defence dan Space Company, BAE Sysytem, Britain dan Alenia/Finnmeccanica, Itali. Kos untuk sebuah jet tempur jenis ini ialah GB£68.9 juta atau €77.7 juta atau US$122.5 juta (kos pengeluaran 2008). Pada 17 Jun 2009, Jerman menempah 31 buah jet jenis Tranche 3A bernilai €2,800 juta, yang mana nilai sebuah jet berharga €90 juta setiap satu.

Ini bermakna anggaran Menteri Pertahanan yang kosnya RM3 bilion setiap satu adalah melampau. Mungkinkah menteri itu cuba menjelaskan yang jet tempur pelbagai fungsi itu mencecah harga RM3 bilion. Walaupun begitu, RM3 bilion wang rakyat yang diambil bagi menggantikan jet tempur jenis MIG-29 itu satu kemustalihan kerana ianya hanya dibeli 10 tahun yang lalu.

OPV
 
Kita jangan lupa harga OPV yang melambung tinggi itu dicatatkan pada tahun 2005 selepas Jawatankuasa Akaun Negara mendedahkan kepincangan pengurusan di PSC-Naval Dockyard, yang mana penambahbaikkan diutamakan bagi mengenepikan projek New Generation Patrol Vessels (NGPV).

Di dalam campur tangan kerajaan Malaysia itu, sebuah badan pengurusan baru ditubuhkan dan projek itu dihidupkan semula. Boustead Holding Bhd, yang merupakan Syarikat berkaiatan kerajaan (GLC), mendapat 37% saham di dalam PSC, menjadikan ia pemegang saham terbesar. Sebagai satu bagian daripada PSC, PSC-ND kemudiannya bergabung dengan Boustead Holding Bhd dandinamakan sebagai Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Sebagai sebuah syarikat perkapalan tentera di Malaysia, Boustead, telah pertama kali dikaitkan dengan kepincangan soal jual-beli oleh para pemimpin pembangkang yang menyatakan bahawa kerajaan telah membayar Boustead 870%  lebih dari harga pasaran untuk enam kapal pengawal tepi pantai (OPV) berharga RM6 juta. Harga yang melampau ini boleh diteliti dari Jawatankuasa Akaun Negara selepas siasatan ke atas PSC-ND dimulakan. Jawatankuasa Akaun Negara menyebut yang RM210 juta diperlukan untuk mengenepikan dua kapal OPV lama, dan kerajaan juga perlu menyuntik sekurang-kurangnya RM80 juta untuk membayar pengusaha setempat, pembekal dan kontraktor.

Laporan tiada pembayaran oleh 40 sub-kontraktor yang berhutang sebanyak RM180 juta timbul selaras dengan berita yang PSC-ND telah gagal membayar RM4 juta ddalam bentuk sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Pertubuhan Kooperasi Nasional walaupun telah memotong gaji sebanyak 1,500 orang pekerja. Syarikat PSC-ND juga dikatakan meminta dana pendahuluan senilai RM 1.8 bilion dari kerajaan untuk menyiapkan kapal itu. Di bawah pengurusan Boustead, isi ini sepertinya selesai dan dua buah kapal itu diserahkan dan diterima pakai oleh Angkatan Laut Malaysia pada tahun 2006.

Apa terjadi pada duit itu?
 
Disebalik kepincangan pengurusan dan rasuah, rakyat Malaysia tidak mengetahui yang kerajaannya telah membazir dan menyedut keluar wang pencen dan wang simpanan pekerja untuk pembelian pelbagai jenis senjata.

Dari awalnya, kenapa perlu pembaziran untuk mempertingkatkan peralatan tentera ini kalau negara tidak di dalam sebarang bahaya? Apakah Malaysia kini sedang mendahului perang senjata di benua Asia Tenggara?

Jadi kenyataan Menteri Pertahanan untuk menghentikan pembelian peralatan senjata berat bukan sahaja wajar dan tepat tetapi memang sudah sepatutnya berlaku awal dulu. Ini juga membuktikan bahawa dana atau tabung negara mengalami kesusutan dan ini telah menyebabkan banyak persoalan mula timbul. Apakah yang kerajaan sudah lakukan ke atas wang kita selama ini?
- Malaysia Chronicle

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.