Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARUSSANI NASIHAT KERAJAAN PUSAT

Hudud: Kelantan harap Najib timbang nasihat Mufti Perak

akhirn
October 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Okt Angggota kerajaan negeri Kelantan, pimpinan PAS yang berhasrat mengadakan hukum hudud sejak hampir dua dekad lalu, berharap pentadbiran Najib akan menerima pandangan Mufti Perak agar pusat membenarkan Kota Baru menguatkuasakan enakmen hudud yang telah diluluskan pada 1993.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan wajar dijadikan sebagai model dan makmal ujian pelaksanaan hukum hudud.

Kata beliau, hasrat kerajaan Kelantan seharusnya tidak dipandang serong oleh semua pihak terutama umat Islam apa lagi kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional kerana ia tuntutan yang wajib dilaksanakan dalam membendung gejala buruk yang berlaku dalam sesebuah negara.

“Setelah ia berjaya peluang yang sama seharusnya diberi kepada kerajaan di negeri-negeri lain untuk melaksanakannya,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Dalam satu respons dibawa oleh The Malaysian Insider semalam, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan” selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

Sehubungan itu Mohd Amar berkata, pada masa yang sama beliau yang mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Harussani atas pandangan yang dikemukakan berhubung pelaksanaan Kanun Syariah Jenayah II (Hudud) yang ingin dilaksanakan oleh negeri itu.

Mohd Amar berkata, pandangan seorang mufti yang berilmu seharusnya dinilai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pemerintah negara.
“Seharusnya kerajaan Persekutuan menilai serta mengambil kira pandangan dari mereka yang beragama khususnya seorang mufti kerana mereka lebih maklum berhubung soal agama,” ujarnya.

Lagipun, tambah Harussani lagi hukum berkenaan adalah tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah.

Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.