Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


IJN bakal di ziarahi Mahathir lagi ?

Dilulus untuk paparan oleh teori

 Oleh: tokpepijat
""Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.

"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.

Barangkali ramai pimpinan UMNO dan pemerhati politik menunggu-nunggu ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam Dewan Milineum sempena Kongres 60 tahun usia PAS.

Bagi PM Najib dan UMNO, ucapan LGE "penentu PRU 13 ". Ini kerana jika DAP melalui mulut LGE mengisytiharkan DAP keluar dari PR kerana menentang hudud, esoknya Parlimen bakal dibubarkan.

Media barua Utusan bakal menyiarkannya dengan tajuk besar " DAP keluar PR ". Manakala TV barua TV3 bakal mencari-cari pimpinan PAS untuk diminta ulasan.

Pokoknya, UMNO dan media barua "berjoget sakan togok todi " merayakan peristiwa besar itu !

Malangnya! LGE dan DAP masih "waras" lagi. DAP belajar daripada peristiwa tahun 2000 apabila keluar dari Barisan Alternatif kerana menentang hukum hudud.

Amat berbeza pandangan DAP berbanding UMNO tentang hukum hudud.

DAP menentang hudud kerana bagi tafsiran mereka ianya bertentangan dari segi perlembagaan.

UMNO menentang hudud atas dasar apa ? Kerana akan berkurangan batu jalan, ketinggalan zaman, boleh buat sup tangan dan sebagainya ?

DAP parti sekular yang dipimpin non Muslim. UMNO didakwa parti Islam terbesar dunia dipimpin oleh orang Melayu Islam.

Barangkali manusia yang paling kecewa dan pedih mendengar ucapan LGE adalah Dr Mahathir. Kerana dia yang pertama melontarkan "umpan" kepada PAS. Malangnya PAS dan DAP pakat jelir  umpan Mahathir.
IJN ! Siap sedia jantung Mahathir bermasalah lagi akibat "umpan" busuknya !"

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.