Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB DAN ROSMAH SAKSI PENTING ?

Karpal: Keterangan Najib, isterinya sangat penting

October 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Okt Keterangan Datuk Seri Najib Razak dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting kerana ia akan membantu mengenal pasti keadaan mental pengadu, kata peguam utama Ketua Pembangkang, Karpal Singh.

Karpal berhujah bahawa Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada sebelah malam 24 Julai 2008 sebelum pengadu mendakwa Anwar telah meliwatnya.

Kata Karpal, keterangan Perdana Menteri tentang apa yang berlaku ketika pertemuan itu akan membantu mahkamah dalam perbicaraan ini.

Peguam berkata afidavit Najib ada menyebut bahawa Perdana Menteri telah menasihati Saiful agar membuat laporan polis selepas dia mendakwa pada 24 Julai bahawa Anwar telah meliwatnya.

“Adalah perlu untuk memperoleh keterangan daripada Perdana Menteri berkenanan keadaan fikiran SP1 (Saiful) dan sama ada dia takut atau sama ada Perdana Menteri kemungkinan mengharapkan SP1 akan mematuhi nasihat beliau,” kata Karpal (gambar).


“Sudah pasti, seseorang akan mematuhi nasihat personaliti tidak kira pangkat, terutama seorang timbalan perdana menteri (ketika itu), yang nasihatnya diperoleh,” katanya.

Tetapi peguam-peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah bahawa keterangan kedua-dua mereka tidak relevan dalam kes Anwar.

Datuk Hisyam Teh, peguam mewakili Najib dan Rosmah berkata, Ketua Pembangkang telah gagal menyediakan bukti bahawa keterangan kedua-dua mereka adalah penting.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.