Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU HARI BARANG NAIK, SEMALAM NAIK LAGI, PENIAGA KATA AKAN NAIK LAGI !

Kurang Ajar : Najib Dah Hina Petani & Nelayan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat.

Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata “gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai”

“Anda sendiri boleh mendengarnya.”

Beliau yakin BN akan menang sekali lagi berdasarkan kelebihan dan kekuatan yang ada.
Bagaimanapun, beliau mengingat komponen mengadakan persiapan di tahap terbaik kerana BN memasuki pilihan raya mahu menang dan bukan mahu kalah.

“BN ada kekuatan sekali lagi untuk menang kerana kita berkhidmat untuk rakyat,” katanya memberitahu 8, 000 ahli dan penyokong BN.
.
Pengerusi BN itu juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong oleh petani dan nelayan.

Menurut Najib beliau mahu BN turut disokong oleh orang bandar terutama di Kuala Lumpur.


Beliau menganggapkan bahawa golongan petani dan nelayan adalah golongan yang membuatkan BN sebagai parti kelas rendah.

Ini dibuktikan di dalam pembentangan Bajet 2012, golongan petani dan nelayan lansung tidak dihiraukan. Golongan petani dan nelayan secara khusus tersisih dari sebarang peruntukan one-off.

Bajet 2012 hanya menumpukan 4 golongan utama yang diharapkan Najib akan menjadi tunggak kemenangan UMNO BN, iaitu kumpulan guru/penjawat awam, polis, tentera dan peneroka FELDA.

Keempat-empat kumpulan ini menerima perhatian khusus kerana bilangannya yang ramai yang bakal menjadi pengundi nanti. Lebih-lebih lagi polis dan tentera, yang bilangannya boleh diduplikasikan sepertimana yang didedahkan oleh banyak pihak sebelum ini sebagai kumpulan paling ramai pengundi-pengundi pos dan hantu yang pernah memenangkan Najib di parlimen Pekan di dua pilihanraya umum yang lalu.

Justeru baginya petani dan nelayan adalah kumpulan manusia yang rendah kelasnya yang merendahkan taraf UMNO/BN.

p/s perhatian untuk Bersih dan PR. Bersih 3.0 perlu digerakkan jika Najib membubarkan parlimen sebelum PSC selesai melakukan kerja untuk penambahbaikan proses pilihanraya. - copy ulasan


Najib dah semakin kurang ajar
Najib dah semakin biadap
Disarankan semua para petani & nelayan, kita ajar PM yang sombong lagi bongkak ni. Kita benamkan & tumbangkan semua calon BN dalam pilihanraya ke 13 ni nanti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.