Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Janji beribu biasalah !

25 Oktober, 2011

Umno BN Mungkir Janji, RM 110.67 Juta Tidak Di Bayar Kepada Pesawah Sejak 2007

Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007. Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka. Menurut laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikat Lembaga Beras Nasional (Bernas) yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim.

Manakala peruntukan yang tidak mencukupi mengakibatkan kerajaan masih belum membayar insentif kepada pesawah berkenaan. Laporan Audit turut mengesyorkan kerajaan memastikan perjanjian penswastaan antara kerajaan dan Bernas dimuktamadkan.

Manakala kementerian berkaitan turut diminta menyemak semula keutamaan program sedia ada bagi menyediakan peruntukan yang mencukupi kepada pesawah terbabit./kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.