Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MATI JATUH BANGUNAN DI MADINAH

Tabung Haji bantu Saudi siasat jemaah Malaysia maut jatuh hotel

October 10, 2011
MEKAH, 10 Okt Tabung Haji sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi menyiasat kes kematian seorang jemaah haji wanita dari Malaysia akibat jatuh dari bangunan hotel penginapannya di Madinah Sabtu lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya juga sedang mengumpul segala maklumat berhubung kejadian itu di samping berusaha menghulur bantuan buat suami wanita berkenaan.

Katanya petugas Tabung Haji dan guru-guru agama sedang memberi kaunseling serta bimbingan dan sokongan kepada suami wanita itu, dan juga tiga rakan sebilik wanita berkenaan.

“Kejadian berlaku semasa jemaah wanita itu tinggal berseorangan ketika tiga teman sebiliknya sedang mengerjakan solat Asar di Masjid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata insiden itu tidak menjejaskan operasi haji jemaah dari Malaysia, dan menurutnya beliau difahamkan suami wanita itu akan meneruskan ibadah hajinya.

Syed Salleh berkata wanita itu bersama suaminya yang tiba di Madinah pada 3 Oktober lepas, pada mulanya dijadual akan berlepas ke Mekah hari ini.

Menurutnya suami wanita itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam membantu siasatan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.