Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGERI LAIN TENTU LA BULU LAIN !

Sunday, October 23, 2011

ROSMAH Dan Isteri Muhyiddin TIDAK SEBULU?

Muhyiddin dan isteri

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka mulutnya, semua orang harus ingat bahawa dia mempunyai peluang yang baik untuk menjadi Perdana Menteri.

Tidak seperti Dr Novandri Hasan, Khairy Jamaluddin atau beberapa ahli politik junior Umno, Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Saya ingin menarik perhatian perkara ini kerana komen-komennya terhadap tuduhan-tuduhan yang diragui terhadap anak lelaki Lim Guan Eng yang berusia 16 kerana kononnya mencabul seorang gadis di sekolah. Pengetua sekolah tersebut juga sudah menafikan kejadian itu dengan mengatakan remaja itu tidak pun bersekolah di situ pada masa kejadian dan siasatan turut menunjukkan bahawa gadis yang disebut-sebut oleh blogger Umno itu adalah seorang warga asing. Gadis itu juga telah berkata bahawa dia sudah tujuh tahun tidak datang ke Malaysia.

Oleh itu, kenyataan Muhyiddin supaya Lim tidak sekadar menafikan insiden itu adalah sangat pelik. Sama ada TPM terlalu sibuk ataupun sememangnya dia adalah seorang ahli politik yang suka menyokong sesuatu yang tidak dapat dibuktikan.


Tetapi oleh kerana beliau mendesak Lim menunjukkan bukti yang lebih kukuh, mungkin Muhyiddin juga perlu meletakkan standard yang sama tinggi mengenai beberapa dakwaan-dakwaan yang melibatkan beliau dan keluarganya.


Adakah benar menantunya berada di sebalik projek berbilion ringgit melibatkan peralatan imbasan biometrik?. Mengapa projek ini dilakukan tanpa sistem persediaan?.


Adakah benar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menentang projek biometrik ini dan ia tergesa-gesa dilakukan ketika PM berada diluar negara?.


Adakah terdapat tender terbuka untuk projek ini atau ia melalui pemberian pilih kasih?


Adakah benar bahawa Muhyiddin mengeluarkan arahan untuk menentang Najib?. Apakah benar perhubungan di antara isteri kamu dan Rosmah tidak baik?.


Ini adalah perbualan di kalangan orang-orang Umno mutakhir ini. Oleh itu, silakan Muhyiddin, sila berikan bukti yang meyakinkan bahawa semua perkara ini adalah tidak benar.


Jika sekadar menafikannya ia tidak cukup.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.