Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ok tapi jangan paksa undi umno

Zahid gesa pesara, bekas tentera jangan protes Rang Undang-Undang Veteran

October 09, 2011
PUCHONG, 9 Okt Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan semua pesara dan bekas tentera agar tidak menyanggah Fasal 17 dalam Rang Undang-undang Veteran 2011 yang telah diluluskan di Parlimen, semata-mata mahu menjaga kepentingan hak peribadi masing-masing.

Beliau berkata ada segelintir pesara dan bekas tentera yang menolak pelaksanaan rang undang-undang itu kerana khuatir kedudukan serta kebebebasan mereka untuk bersuara dan berpersatuan akan disekat.

“Saya tahu, ada satu dua pihak dan pemimpin (persatuan) yang rasa diri dan kedudukan mereka tergugat jika Fasal 17 ini dilaksanakan sebab takut hak mereka dihalang dan disekat,” katanya di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online Zahid (gambar) berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin persatuan bekas tentera yang meminta Kementerian Pertahanan mengkaji semula Fasal 17 rang undang-undang itu yang didakwa menyebabkan pembatalan dan pembubaran persatuan-persatuan bekas tentera sedia ada.

Menteri Pertahanan itu berkata Fasal 17 tidak membatalkan persatuan-persatuan bekas tentera sedia ada sebaliknya hanya memindahkan kuasa pendaftaran daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan kepada Pendaftar Persatuan Bekas Tentera.

Rang Undang-Undang Veteran 2011 antara lain bertujuan menubuhkan Majlis Veteran Malaysia bagi menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan berhubung dengan hal ehwal veteran selain menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di Malaysia.

“Hasrat kerajaan adalah mahu membantu mereka dan jangan pesongkan (rang undang-undang ini) bagi memenuhi kepentingan diri, tidak ada persatuan yang akan dibatalkan... jadi saya minta yang lain (pesara dan bekas) jangan ikut mereka yang cuba jaga kepentingan diri sendiri,” katanya.

Ketika diminta mengulas peruntukan Belanjawan 2012, Ahmad Zahid berkata RM500 juta daripada peruntukan yang diterima Kementerian Pertahanan akan digunakan untuk membangunkan kuarters dan kediaman anggota tentera.

Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM13.76 bilion, iaitu peruntukan keempat tertinggi.

“Selain membina kuarters dan kediaman tentera, RM50 juta lagi kita peruntukkan bagi menyediakan latihan khusus untuk untuk anggota tentera yang telah bersara tetapi tidak berpencen kerana berkhidmat kurang dari 21 tahun yang mana sehingga hari ini ada kira-kira 130,000 pesara daripada kumpulan itu,” katanya.

Beliau berkata latihan yang disediakan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat), bagi mewujudkan kerjaya kedua dan memberi latihan keusahawanan kepada kumpulan itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.