Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDANGAN UMNO TENTANG ANUAR

PAN

PANASS.. KERJASAMA SULIT ANWAR & MUHYIDDIN BINA KERAJAAN BARU!!?

Posted: Oct 4, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: , , , , , ,
5
Mesyuarat PSC atau Jawatankuasa Terpilih Parlimen memperlihatkan satu kerjasama yang bersejarah dalam arena politik tahun ini. Anwar dilihat masih boleh duduk semeja dengan Muhyiddin Yassin bagi merealisasi perlaksanaan reformasi SPR. 
 
Tan Sri Pandikar yang bertindak sebagai orang tengah berjaya mengawal keadaan malah Anwar juga tidak pernah menyerang secara konsisten terhadap kepimpinan Muhyiddin. Jika Najib di tempat Muhyiddin, sumpah Anwar takkan hadir. Kenapa? Kenapa perlu takut berdepan dengan individu yang pernah kamu pilih bakal Timbalan Perdana Menteri jika kamu bergelar PM di dalam UMNO? Individu yang pernah kamu kata Pemimpin Muda yang cekal dan berkaliber ketika kamu memegang jawatan KP UMNO Malaysia era 1980an? Takut. 
 
Takut lain pula perbincangannya. Ramai yang mendakwa Anwar berdendam dengan Najib kerana kononya terlibat menggulingkan beliau melalui konspirasi kes liwatnya. Namun ianya silap sama sekali. Anwar mula berdendam dengan Najib kerana tidak dapat menerima hakikat individu yang sepatutnya bergelar PM selepas beliau, kini menduduki takhta tersebut. Dendam pertama bermula apabila Anwar memfitnah Najib mengeni kes Altantuya yang dijaja di setiap kempen beliau tanpa disertakan bukti. 
 
Pada masa itu, Anwar masih belum berhadapan dengan kes liwat 2 beliau. Apa2 pun, Mesyuarat PSC telahpun berlalu sebentar tadi. Adakah Anwar bakal mengambil kesempatan ini memujuk Muhyiddin membantu menggugurkan kes Liwat beliau? Anwar sebelum ini pernah cuba 'deal' dengan Najib untuk menggugurkan kes liwatnya itu. 
 
Pertemuan teh tarik di Parlimen? Ingat? kan tetapi Najib tidak akan sama sekali menyalahgunakan kuasanya untuk membantu individu yang mengkhianati UMNO. Adakah kerjasama sulit bakal dilaksanakan berkenaan kepentingan politik di antara Anwar dan Muhyiddin? Muhyiddin bukan seperti Anwar. Kerana Muhyiddin tahu siapa Anwar. Doakan ianya tidak berlaku sama sekali.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.