Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
|

Musuh ketat Perkasa dan Utusan jadi pendokong ‘kesayangan’ Najib

WarkahDaily – Siapa sangka seorang yang dulunya dipekik, dilolong oleh pertubuhan mesra Umno (Perkasa) dan akhbar rasmi Umno (Utusan), kini telah menjadi pendokong ‘kesayangan’ Najib 1Malaysia.

Menurut Datuk Seri Najib Razak, penulis lirik dan pembikin filem yang dilanda pelbagai kontroversi, Wee Meng Chee (Namewee) disifatkan sebagai seorang pendokong kuat 1Malaysia walaupun Perkasa dan Utusan mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit ‘Nasi Lemak 2.0’ itu kerana didakwa mengkritik negara.

Sebelum ini, Namewee dilaporkan pernah menghina pelbagai pihak termasuk pernah menghina lagu Negaraku.

Ketika itu, Perkasa, pemuda Umno dan Utusan berpadu tenaga mengkritik hebat sambil mengutuk Namewee sambil ada yang mahu status warganegara beliau dibatalkan. Ketika itu gambar-gambar Namewee dibakar di tempat-tempat oleh pihak Perkasa kerana penghinaan yang dilakukan anak muda yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan itu.

Namun, bila Namewee mengarahkan sebuah filem ‘Nasi Lemak 2.0’ yang dilaporkan ada perkaitan dengan kehidupan di Malaysia yang hidup dalam pelbagai kaum telah membuatkan pencipta 1Malaysia, Najib menjadi begitu teruja d an terus memuji Namewee adalah penyokong kuat kepada Gagasan 1 Malaysia.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Najib berkata, Namewee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri.

“Saya difahamkan beliau (Namewee) merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia,” kata Najib yang juga Presiden Umno.

Kata Najib, beliau menggalakkan Namewee untuk terus memberi segala pandangannya melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1 Malaysia.

Kerana menyokong 1Malaysia, tidak kira mengeji atau menyumpah negara sendiri pun, mereka akan diangkat sebagai pendekar oleh Najib.

Buat Perkasa dan Utusan, sekarang ‘bos’ kamu Najib dah beri signal supaya puji Namewee pulak. Segala ugutan, cemuhi dan tekanan supaya status warganegara Namewee ditarik sebelum ini perlu ‘diu-turn’ balik.

Sanggupkah Perkasa dan Utusan menyambut kembali ludahnya ke langit sebelum ini ke mukanya?

Itulah bila sesuatu tindakan dibuat atas nama politik dan bukannya kerana kehormatan kepada negara. Kehormatan negara sanggup dilacur, dinodai asalkan matlamat kuasa dapat dikekalkan. Biar maruah dicalar, asalkan kuasa dapat digenggam walaupun tergadai kepada orang asing.

Kerana sokong 1Malaysia, mereka adalah pejuang. Jika lawan Umno-BN, mereka adalah pengkhianat. Berambuslah Umno!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.