Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAJA NAZRIN SELALU SEBUT KEBENARAN

 

Graduan perlu tegak kebenaran
04/10/2011 9:50pm

KUALA LUMPUR 4 Okt. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menitahkan para graduan agar bersungguh, tegas, gigih dan ikhlas serta mengangkat prinsip berani menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran apabila melangkah ke alam pekerjaan.

Baginda yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah ketika berada di alam pekerjaan, graduan hendaklah melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab atas prinsip kebenaran dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

"Kekuatan negara akan terbina jika negara ditegakkan dengan sikap kebenaran sebaliknya negara akan menjadi lemah jika dibina atas dasar kepalsuan.

"Suasana pengajian di universiti membantu membina pemikiran yang kaya dengan idealisme dan alam pekerjaan adalah untuk mempraktikkan idealisme tersebut,” titah baginda pada majlis konvokesyen UM ke-50 di sini hari ini.

Seramai 6,638 graduan dalam pelbagai disiplin pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan diploma menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen yang berlangsung selama enam hari berakhir 8 Okt ini. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.