Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ? UNDILAH BN !

Najib berikrar akan berlaku lebih banyak pembaharuan

April 16, 2012
 
KUALA LUMPUR, 16 April — Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji akan menyemak semula Akta Hasutan dan menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) sebagai sebahagian daripada pembaharuan perundangan yang diharapkan dapat menarik undi untuk Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya yang dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Perdana menteri itu membuat pengumuman selepas membentangkan Akta Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pagi ini.

Akta tersebut telah dibacakan di sidang Dewan minggu lepas, sebagai pengganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang diwujudkan sejak 25 tahun lalu bagi menghadapi ancaman Komunis.

“Kerajaan tidak takut untuk menghadapi arena demokrasi.
“Kami terbuka kerana percaya era kerajaan tahu semua sudah berakhir. Kami percaya bahawa kami telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia,” kata Najib (gambar) kepada Dewan disusuli tepukan gemuruh di meja sebagai tanda sokongan ahli Parlimen.

Cadangan perubahan yang dibuat perdana menteri hari ini dilihat selepas BN akan menghadapi saat-saat akhir mandat lima tahun mereka, yang akan tamat April tahun depan.

“Kerajaan pasti akan terus berusaha untuk membawa perubahan dan transformasi politik,” katanya sebelum membentangkan bacaan Akta Hasutan berkenaan.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tiga prinsip utama perlu kekal dalam sistem perundangan, yang mana mencagah undang-undang yang menghina institusi beraja, menimbulkan kebencian terhaap kaum, dan persoalan berkenaan hak Melayu, dan Bumiputera, termasuk agama-agama lain, seperti tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Akta baru yang bakal menggantikan PPPA, Najib memberikan jaminan kerajaan akan tetap memenuhi janji untuk memansuhkan keperluan memperbaharui permit organisasi media setahun sekali.

Tambahnya, akta baru itu turut akan dimasukkan peruntukan berkenaan pembentukan “Majlis Media” yang membolehkan industri media mempunyai “peraturan sendiri.”
MENYUSUL LAGI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.