Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU DEDAH PECAH TEMBELANG

SPRM Perlu Dedahkan Hasil Siasatan Isu Tanah Pertanian di Bakap

Oleh: V. Sivakumar

Seramai enam belas keluarga petani dan penternak membuat laporan SPRM di Ipoh pada 19/12/2011. Mereka telah memberi maklumat awal kepada SPRM berhubung dengan masalah tanah pertanian mereka di kawasan Bakap, Mukim Sungai Terap. Kawasan ini berhampiran dengan Kinta Kellas, Jalan Gopeng. Petani-petani dan penternak-penternak ini mengusahakan tanah seluas lebih kurang 80 ekar ini selama lebih kurang 10 tahun.

Mereka telah membersihkan belukar di kawasan itu untuk dijadikan tapak pertanian dan penternakan mereka. Kegiatan ini merupakan satu-satunya sumber pendapatan untuk keluarga mereka. Mereka telah membelanjakan banyak wang untuk membersihkan dan mengusahakan tanah ini. Walaupun mereka mengusahakan tanah ini secara haram, kerajaan harus prihatin terhadap kebajikan mereka. Jika mereka diberi hak tanah untuk kegiatan pertanian, sudah tentu mereka akan melipat gandakan usaha dan meningkatkan lagi modal. Ini akan memberi keuntungan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri.

Sebelum berpindah ke kawasan itu, mereka menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian di satu kawasan yang bersebelahan selama beberapa tahun. Mereka mengalami kerugian besar apabia mereka dipaksa untuk keluar dari tanah yang mereka usahakan. Selepas tanah itu telah diambil alih oleh Maju Perak, mereka terpaksa mencari tanah baru untuk diteroka. Mereka telah membersihkan hutan dan menanam modal beribu-ribu ringgit untuk membuka tanah pertanian baru di Bakap.

Selepas berpindah dan melakukan aktiviti pertanian di tanah itu selama beberapa tahun, petani-patani dan penternak-penternak telah membuat keputusan untuk memohon tanah itu daripada kerajaan negeri. Pada tahun 2009, setiap keluarga telah memohon tanah seluas enam ekar untuk pelbagai aktiviti pertanian seperti menanam sayur-sayuran, menternak ayam, itik, kambing, lembu, kerbau dan ikan air tawar.

Apakah status permohonan tanah yang dibuat oleh petani-petani dan penternak-penternak ini? Saya juga telah membangkitkan isu ini di Persidangan Dewan Negeri Perak pada 24/11/2011. Tetapi, tidak dijawap dalam ucapan penggulungan yang dibuat oleh Menteri Besar. Saya memang berhajat untuk membangkitkan sekali lagi isu ini dalam persidangan DUN Perak yang lepas. Malangnya, saya tidak diberi peluang lansung untuk berbahas dalam persidangan kali ini. Maka, perkara ini tidak dapat dibawa untuk perhatian seluruh isi Dewan Negeri Perak.

Walau bagaimanapun, penternak-penternak dan petani-petani kawasan Bakap berhak mengetahui hasil siasatan yang dibuat oleh SPRM mengenai isu tanah itu. Sudah lebih 3 bulan perkara ini dibiarkan untuk menghilangkan kehangatan isu tersebut. SPRM mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan sebarang penyelewengan dalam isu petani-petani dan penternak-penternak ini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.