Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nuffnang Ads

Monday, April 16

Artis pun dah meloya kat hampa.... kahkahkah...

Aishah bimbang negara punah
KUALA LUMPUR: Akibat bimbang negara akan punah dan akidah anak-anak muda tidak terjaga, Juara Lagu 1990 dengan lagu terkenalnya “Janji Manis Mu” Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, kini bertekad berjuang bersama-sama PAS bagi menyelamatkan masa depan anak bangsa.

Berceramah bersama pelawak, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman di Markas Tarbiah PAS Pusat, 4 April lalu, beliau berkata, agak lama beliau berfikir untuk terjun bersama-sama PAS, tetapi sekarang baru beliau membuat keputusan itu.


Katanya kepada 1,000 ha dirin, terdapat beberapa peristiwa yang dilihat oleh beliau sendiri tentang gelagat para pemimpin Umno-BN menyebabkan beliau berfikir jauh, dan dalam masa yang sama sebagai seorang ibu, beliau mahu akidah anak-anaknya terjaga.



Aishah yakin kesedaran masyarakat bandar begitu tinggi untuk mengubah kerajaan yang ada, tetapi beliau bimbang, maklumat tidak sampai ke kawasan luar bandar dan ini menyebabkan perubahan tidak berlaku.

Katanya, duit BR1M dan lain-lain bantuan pasti akan mengikat mereka untuk terus bersama BN, dan beliau bimbang pelbagai isu boleh dikelirukan kerana maklumat tidak sampai ke akar umbi.


“Kalau ibu saya masih ada, tentu dia terkejut dan marah. Macam mana saya boleh berceramah atas pentas PAS seperti malam ini,” ujar beliau.


Aishah memberitahu, pelbagai kecaman ditulis pada dinding Facebook beliau kerana memilih PAS sebagai medium perjuangan, tetapi ini akan menguatkan lagi untuknya istiqamah pada jalan
dakwah.

Detikdaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.