Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEPATUTNYA JANGAN PINDAH DULU ....

Tuesday, April 3, 2012

Flat akan diroboh, tapi kunci PPR belum dapat.. Menyesal kini tak berguna lagi Pak Cik...

Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Kerinchi, Mohd Idrus Tokiran berkata, sebahagian penduduk pangsapuri PKNS yang masih tinggal di tempat itu masih berdepan masalah melibatkan urusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Menyesal kini tak berguna lagi Pak Cik... susu diberi dibalas tuba..


Katanya, ada di kalangan penduduk berkenaan masih belum menerima kunci untuk rumah baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah di Puchong untuk menggantikan rumah mereka yang akan dirobohkan.


Malah, terdapat juga keluarga yang mendapati nama mereka masih tidak terdapat dalam rekod DBKL untuk kemudahan perumahan di PPR Muhibbah, katanya.

Oleh sebab itu, seramai 34 penduduk terlibat memerlukan masa untuk berpindah dan berunding untuk membolehkan mereka tinggal di situ sehingga 1 Julai, katanya.


"Pemaju dah bayarkan sewa rumah (PPR Muhibbah) yang mereka beri untuk bulan Mac. Tetapi bila kami pergi ke DBKL untuk bayar sewa bulan April, tiada akaun nama kami di DBKL.

"Ini yang menyebabkan kami rasa takut untuk berpindah kerana kami rasa ada tipu helah yang cuba mereka buat," katanya.

Katanya, penduduk berkenaan bukannya menolak pembangunan, malah mereka telah bersetuju untuk berpindak.

"Tetapi bagilah kami masa yang secukupnya kepada kami. Mana sempat nak kosongkan rumah dalam masa dua minggu.

Lagipun ada anak-anak kami yang bersekolah, nak (menduduki peperiksaan) SPM tahun ini," katanya lagi dalam sidang media di perkarangan pangsapuri tersebut hari ini.

Katanya, rumah yang diduduki penduduk berkenaan merupakan rumah yang dibeli oleh mereka dan ada di antara golongan itu yang telah menghuninya hampir 40 tahun.

"Tetapi kami dapat notis bila akta tanah digunakan, kita jadi penghuni tanpa izin pula," katanya mengulas tindakan Pejabat Tanah dan Galian mengeluarkan notis pengosongan kepada mereka, Ahad lalu.

Notis pengosongan itu adalah untuk membolehkan kawasan tersebut dibangunkan semula oleh pemaju Suez Domain Sdn Bhd.

Penduduk berkenaan diberi masa seminggu mengosongkan perumahan itu.


Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.