Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sesuatu yang tidak demokratik

SPRM : PEMUDA PAS BIDAS SI BAPAK PORSHE


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas teguran Datuk Seri Nazri Aziz (bapak budak dlm gambar) yang menganggap Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri mempunyai watak yang lemah kerana merungut secara terbuka berkenaan kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara.


Bagi DPPM, sepatutnya Datuk Seri Nazri Aziz memandang serius rungutan Datuk Mohd Shukri dan mengambil tindakan segera menyiasat kebenaran disebalik rungutan tersebut. Isu yang dibawa oleh Datuk Mohd Sukri adalah mengenai integriti Jabatan Peguam Negara dan ia adalah sesuatu yang amat serius. Kenyataan Datuk Seri Nazri pula membayangkan seolah-olah pihak kerajaan cuba melindungi Peguam Negara dari sebarang kritikan serta persepsi negatif masyarakat.

Bagi DPPM, tindakan Datuk Shukri boleh dikira baik kerana cuba membersihkan imej SPRM yang teruk dipalit oleh rakyat sebagai tidak adil, berat sebelah, tidak telus dan sebagainya. Selama ini rakyat melihat SPRM tidak berusaha memerangi rasuah terutama terhadap mereka yang berkedudukan dalam kerajaan. Rupa-rupanya pendedahan beliau menunjukkan ada badan lain yang lebih tinggi yang menghalang kebenaran diserlahkan dan rasuah dibenteras.

Jika seorang pegawai tinggi SPRM boleh mengadu secara terbuka terhadap kes-kes rasuah yang disiasat dan diangkat ke pejabat Peguam Negara tetapi disenyapkan oleh Peguam Negara, ini menandakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada Jabatan Peguam Negara. Kebenaran perlu diserlah manakala kebatilan perlu disingkap supaya tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan penyelewengan bagi melindungi pesalah di negara ini.

Jika betul dakwaan Datuk Mohd Shukri itu, DPPM menggesa suatu siasatan bebas dilakukan terhadap Jabatan Peguam Negara kerana melindungi kes-kes rasuah yang cuba dibawa oleh SPRM ke peringkat pendakwaan. Amat malang bagi sebuah negara apabila Peguam Negara sendiri tidak serius mahu membawa kes-kes rasuah yang telah disiasat dengan rapi oleh SPRM ke mahkamah dengan alasan tida cukup bukti. Jika demikian, bagaimanakah negara ini akan bebas dari sebarang rasuah sekiranya pegawai tertingginya tidak memberikan komitmen dan kerjasama dalam membersihkan negara ini dari gejala rasuah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.