Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA PANEL TERSEBUT ?

Panel pilihan raya cadang empat tahun minimum untuk mandat kerajaan baru

April 03, 2012
 
KUALA LUMPUR, 3 April — Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan penambah baikan pilihan raya telah mencadangkan kerajaan akan datang diberikan mandat memerintah selama empat tahun sebelum pilihan raya dijalankan.

“Jawatankuasa mencadangkan sesi Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh empat tahun dan perkara ini perlu di peruntukkan oleh undang-undang,” kata panel berkenaan dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, “Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar”.

Panel sembilan ahli bipartisan yang ditubuhkan enam bulan lalu bagaimanapun menjelaskan kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran bukan terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kuasa SPR dalam hal ini menurut panel adalah menentukan tarikh pilihan raya “selepas Parlimen dibubarkan”. Berdasarkan perundangan pilihan raya, SPR perlu mengemukakan tarikh pilihan raya selepas 60 hari daripada tarikh pembubaran.

“Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya,” kata laporan panel PSC tersebut.

Panel turut mencadangkan SPR, untuk tiga bulan bermula hari ini, menyiapkan satu garis panduan untuk setiap parti yang menjadi kerajaan berkenaan pembubaran Parlimen.

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas13 mesyuarat, enam pendengaran awam, dan lawatan ke beberapa negara luar, panel berkenaan mengemukakan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam. Daripada kesemua hasil laporan tersebut, terdapat empat perkara yang tidak dipersetujui panel.
MENYUSUL LAGI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.