Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UBAH TAJUK

Panel hubungan agama: Isu seminar di Johor selesai apabila tajuk diubah

April 02, 2012
 
KUALA LUMPUR, 2 April — Isu seminar di Johor yang dianjurkan untuk menangani “ancaman Kristianisasi” terhadap umat Islam telah selesai apabila penganjur bersetuju untuk mengubah tajuknya, kata panel hubungan agama Kabinet.

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JMKPA) berkata, mereka menganggap perkara itu “selesai” apabila penganjur menukar tajuknya pada saat-saat akhir sebelum seminar itu berlangsung.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Azman Amin Hassan (gambar), berkata kepada The Malaysian Insider bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah bersetuju untuk mengubah tajuk berkenaan Khamis lalu apabila panel tersebut mula terlibat dalam perkara itu.

“Kami telah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan sebelum mereka bersetuju untuk mengubah nama seminar tersebut dan juga sijil kehadiran,” katanya apabila dihubungi semalam.

“Jadi pada saya, perkara itu telah selesai. Untuk masa hadapan, kita perlu pastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.”

Azman Amin memberikan maklum balas kepada Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran bagi penukaran tajuk berkenaan dan menjelaskan kemudiannya bahawa berada di AS pada ketika itu.

“Saya hubungi beliau (pada Khamis) dan tidak dapat bercakap dengannya, tetapi kemudiannya saya menghantar mesej dan petang itu beliau dapatkan pengarah negeri untuk mengubah tajuk berkenaan,” katanya.

“Saya harap tiada lagi kumpulan lain selepas ini akan menggunakan tajuk yang menyentuh sensitiviti orang lain selepas ini.”

Kira-kira 300 guru agama di Johor menghadiri seminar bertajuk “Mengukuhkan Akidah: Apa Peranan Guru Agama?” telah diadakan di negeri tersebut semalam.

Seminar itu telah mencetuskan kontroversi terhadap kalangan bukan Muslim apabila fokus terhadap ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam.

Tajuk asalnya — “Memperkukuhkan Akidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru Agama?” — telah diubah selepas mendapat bantahan bukan Muslim.

Seminar berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti untuk memastikan Muslim tidak “keliru” dengan cubaan memurtadkan mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.