Wednesday, December 12, 2012
Isu Larut: Lima Cawangan Bantah kenyataan Ketua PAS Cawangan Sg. Bayor
| Ketua Cawangan dan AJK dari lima cawangan sepakat menafikan kenyataan Ketua PAS Cawangan Sg. Bayor, Sdr Zanian. |
Selama: PAS
Larut tampil membuat penafian bahawa enam cawangan dalam DUN Selama
akan memboikot PRU-13 sekiranya YDP PAS Larut, Dr Dhari tidak dipilih
sebagai calon.
Menurut
setiausaha MTD DUN Selama, saudara Mohd Ridzuan Abd Malik. Kenyataan
ketua cawangan PAS Sg. Bayor iaitu sdr Zanian bukanlah mewakili
ahli-ahli PAS tetapi adalah mewakili individu, bahkan PAS Larut
mempunyai bukti bahawa kehadiran pada sidang media itu ada diantaranya
adalah ahli Umno. Oleh itu beliau juga turut mensyaki bahawa ada pihak
ketiga disebalik sidang media tersebut.
Selain
itu, beliau juga menafikan bahawa keseluruhan ahli daripada enam
cawangan tersebut berjumlah seramai 1500 orang. "Kita telah menyemak
senarai nama ahli di cawangan dan kita dapati jumlah tersebut adalah
satu pembohongan".
Beliau
turut menjelaskan bahawa hanya lima cawangan sahaja yang wujud dan
bukannya enam seperti dalam kenyataan akhbar. Malah kenyataan yang
menyatakan Dr. Dhari mendapat 14 sokongan daripada cawangan dan 9
sokongan yang diperolehi oleh Ust Akmal juga adalah suatu hujah yang
amat jahat. "Untuk makluman semua, dalam DUN Selama kita hanya mempunyai
17 cawangan sahaja bukannya 23 cawangan". Ujar beliau lagi.
Walaubagaimanapun,
beliau menyifatkan perkara ini ada hikmahnya iaitu Jentera DUN Selama
bertambah kuat dengan berlakunya isu ini.
"Sebelum
ini, kalau diadakan pertemuan, jumlah kehadiran boleh dikira dengan
jari. Tetapi dengan isu ini, baru-baru ini kita menerima 85 kehadiran
dalam mesyuarat. Ini sebagai tanda sokongan terhadap kita semakin kuat.
Selain
itu, beliau turut menjelaskan bahawa dalam PAS tidak ada istilah ahli
baru atau ahli lama seperti didakwa oleh Ketua Cawangan PAS Sg. Bayor
iaitu saudara Zanian. "Kita telah diajar oleh pimpinan bahawa semua ahli
adalah sama dan tidak ada yang boleh mendabik dada bahawa seseorang itu
telah lama berjuang untuk parti, namun kecewa apabila tidak dipilih
sebagai calon". Tegas beliau.
Diakhir
pertemuan tersebut, beliau menyeru kepada ahli bawahan yang tidak
berpuas hati supaya akur dengan kenyataan YDP PAS Larut yang menggesa
untuk menerima keputusan pucuk pimpinan parti dalam isu ini dan kembali
fokus kepada matlamat menumbangkan BN dalam PRU akan datang, beliau juga
menyeru agar Dr Dhari khususnya agar cepat menyelesaikan isu ini
daripada dimainkan oleh pihak musuh.


0 orang berkata:
Post a Comment