Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA MULUT CELUPAR MEMBEBEL

SURAT TERBUKA DARI PAK KARAMU

Assalamu'alaikum Wr,Wb




Apabila ada diantara umat melayu yang beragama islam, atau umat  yang bukan melayu yang beragama islam, apabila mereka menyentuh tentang hukum Tuhan (Hudud) Sama ada mereka menerima dan menolaknya maka sebenarnya mereka perlu melihat bahawa hukuman itu bukanlah perkara bikinan manusia, akan teapi itu adalah hukuman Tuhan yang menjadikan meeka

Tuhan tidak merasa rugi apa-apa dengan tindakan manusia menolak hukumanNya, yang rugi adalah manusia yang beragama dengan agamaNya. Apa yang manusia perlu memikirkan ialah: apabila seorang ibu ataupun bapa yang arahan mereka ditolak oleh anak mereka, ketika itu apakah perasaan mereka ? Demikian juga Tuhan yang menjadikan mereka, yang memberi rezeki kepada mereka, yang mengurniakan nyawa kepada mereka sehinggakan mereka masih lagi boleh bernafas

Ketika mana nyawa mereka dicabut oleh Tuhan mereka, ketika mana rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka ditarik oleh Allah s.w.t  kemanakah mereka akan mengadu ? Kepada parti ? Kepada Rakyat ? Atau mereka bergembira dengan keadaan mereka ? Tidakkah mereka memikirkan bahawa mereka akan ditanya oleh Allah s.w.t kemudiannya ? Mengapa mereka tidak mahu berfikir sebelum mengeluarkan keputusan dari akalnya yang kotor dan membusuk

Tidakkah manusia berfikir, ketika mana mereka menolak hukum Tuhan bererti juga mereka menolak Tuhan ? Dalam masa yang sama mereka mengaku pula beragama dengan agama yang disediakan oleh Tuhan, manusia jenis apakah kamu ? Apakah kamu tidak akan menempuh mati ? Atau tidakkah kamu terfikir bahawa kamu akan ditimpakan oleh Allah dengan berbagai musibah ? Ketika itu dengan siapakah kamu mahu meminta pertolongan ? Dengan manusia yang menyokong kamu ? ataupun parti kamu ?

Mungkin besok atau lusa kamu akan mati, mungking esok atau lusa kamu akan kemalangan jalan raya, mungkin esok lusa kamu akan disakitkan oleh Allah, semuanya serba mungkin, maka kepada siapakah kamu akan meminta pertolongan, dengan ahli sekular ? Dengan ahli Freemanson ? atau dengan bangsa kamu ?

Apakah salah jika kumpulan daripada parti PAS yang mahu melaksanakan Hudud atas arahan daripada Tuhan dan selaras dengan dasar fahaman parti itu harus kamu tentang hukum Tuhan dan dasar PAS yang telah diluluskan oleh pendaftar pertubuhan  ? Bukankah baik jika kamu persalahkan dasar yang ada pada pendaftar pertubuhan ?

PAS merasakan wajib bagi parti mereka melaksanakan hukum Tuhan (Hudud) kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah hamba-hamba kepada Tuhan, dan sebagai hamba salahkah mereka hendak melaksanakan arahan hukum Tuhan mereka ? Apakah masalah kamu beria-ia mahu menentangnya ? Bukankah kamu lebih baik berdiam sahaja didalam perkara Hudud, sehingga Parlimen mengadakan undiannya, itu lebih selamat bagi kamu, daripada apa yang kamu tidak arif tetangnya





0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.