Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Friday, April 25, 2014

Lelaki Ditendang Ketika Cuba Hisap Kemaluan Remaja..


Menarik laporan ni.. ianya tentang satu kejadian dimana seorang murid sekolah yang berusia 13 tahun telah bertindak menendang seorang lelaki yang cuba mencabulnya..

Meskipun pelajar tersebut jauh lebih lemah dari pencabulnya, beliau tetap berusaha untuk mempertahankan maruahnya...

Ini laporannya...

GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin. 
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta. 
Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan. 
“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan. 
“Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri. 
Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu. 
“Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya. 
Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku. 
“Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan. 
“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya. 
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. 
Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lapor Sinar Harian.

Apa yang menarik?.. yang menariknya ialah sebelum ini telah dilaporkan seorang remaja 13 tahun menendang pak cik yang meliwatnya sebelum melarikan diri.

Ini pula, remaja yang juga berusia 13 tahun menendang muka lelaki yang cuba menghisap kemaluannya.

Yang peliknya, ada lelaki dewasa yang mendakwa dirinya diliwat berkali-kali oleh warga emas yang mengalami masalah tulang belakang tanpa mengambil apa-apa tindakan fizikal untuk menghalang perbuatan warga emas itu.

Siapa yang percaya?.. Hanya macai yang makan rumput mempercayainya...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.