• Bantahan Pilihan Raya Presiden Mesir 2014 Penyokong pro-Mursi turut mengutuk pencalon al-Sisi dalam pilihan raya presiden pada 25 dan 25 Mei depan.
1 / 1
KAHERAH - MESIR. Ribuan penduduk Mesir berhimpun di beberapa bandar, kelmarin bagi membantah pilihan raya presiden pada bulan depan.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut berarak sambil melaungkan slogan mengutuk pencalonan bekas Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi yang didakwa mendapat sokongan tinggi untuk bertanding.


Calon berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi yang pernah ditewaskan Presiden digulingkan, Mohammed Mursi dijangka menjadi saingan utama al-Sisi untuk merebut jawatan berkenaan. 


Protes besar-besaran yang dilakukan serentak di seluruh negara itu juga sebagai tanda perpaduan dengan bantahan yang diadakan oleh penuntut universiti di negara terbabit.
Difahamkan,menurut laporan Press TV, tunjuk perasaan yang diadakan kumpulan pelajar tersebut bertujuan untuk menggesa pihak berkuasa supaya membebaskan tahanan politik.

Dalam kejadian berasingan, beberapa insiden keganasan tercetus selepas pasukan keselamatan bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan di Kaherah, bandar Suez dan Universiti al-Azhar.