Guna dron bawah air kesan MH370
- Najib bersama Tony Abbort (dua, kanan) ketika beramah mesra bersama juruterbang dan anak kapal Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Pangkalan RAAF Pearce Bullsbrook di Perth, hari ini. - Foto Bernama
PERTH - Sebuah kapal selam robotik atau dron bawah permukaan air
diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan
(SAR) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi, kata Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Najib berkata teknologi itu diperlukan sebaik pinger bateri pada kotak
hitam kehabisan (dalam tempoh empat hari) dan perlu bagi pasukan SAR
mencari pesawat berkenaan, Boeing 777-200ER.
Dron bawah permukaan air adalah antara perkara-perkara penting yang
dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan di Commonwealth Centre,
di sini, pada Khamis.
Dron bawah permukaan air bergantung kepada denyutan sonar untuk mencari
di dasar laut dan ia pernah digunakan untuk membantu mengesan pesawat
Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009.
"Perbincangan adalah mengenai penggunaan teknologi sonar, dron robotik dan kamera-kamera," katanya kepada wartawan Malaysia sejurus selepas sidang media bersama Abbott, di sini.
"Perbincangan adalah mengenai penggunaan teknologi sonar, dron robotik dan kamera-kamera," katanya kepada wartawan Malaysia sejurus selepas sidang media bersama Abbott, di sini.
Najib berkata pada masa ini operasi mencari menggunakan pesawat dan
kapal-kapal tentera laut akan diteruskan meskipun ia adalah usaha
mengejar waktu sebelum bateri kotak hitam yang menghantar isyarat ping
hilang dalam tempoh beberapa hari lagi.
Beliau juga berkata Malaysia akan menghantar lebih banyak aset untuk
turut serta dalam misi carian di kawasan berkenaan, namun tidak
memberikan butiran lanjut.
Pesawat Penerbangan MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak
kapal hilang daripada radar pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Operasi membabitkan pelbagai negara itu dikerah mencari MH370 bermula
di Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum dilakukan di koridor
utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara
Thailand dan koridor selatan yang meliputi dari Indonesia sehingga ke
selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan
pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan
Lautan Hindi".
Ditanya mengenai laporan berita yang mendakwa penyiasatan penerbangan
asing akan mengambil alih siasatan kehilangan pesawat itu, beliau
berkata: "Di bawah undang-undang antarabangsa, Malaysia mempunyai
tanggungjawab mutlak dalam kes berkenaan."
Najib turut tersentuh dengan komitmen yang diberikan oleh anggota pasukan SAR berikutan moral mereka masih tinggi walaupun operasi telah berjalan lebih daripada tiga minggu.
Najib turut tersentuh dengan komitmen yang diberikan oleh anggota pasukan SAR berikutan moral mereka masih tinggi walaupun operasi telah berjalan lebih daripada tiga minggu.
Najib menjelaskan lawatan dua hari beliau ke Australia adalah untuk
mengucapkan terima kasih kepada pasukan SAR MH370 dan kerajaan Australia
secara peribadi termasuk 25 negara atas usaha mereka untuk mengesan
pesawat itu.
Turut mengiringi Najib dalam lawatan dua hari bermula semalam itu ialah
isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah
Aman, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul
Rahman dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Tan Sri Rodzali Daud,
Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamaluddin Jarjis,
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Najib dan delegasi dijadual berlepas ke Vietnam untuk lawatan rasmi tiga hari, pada Khamis malam. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment