• Korea Utara ancam lancar ujian nuklear 
  •  Tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan melakukan pendaratan dalam sebuah operasi di Pohang, Korea Selatan
1 / 1
SEOUL - KOREA UTARA. Siri berbalas tembakan yang terjadi antara Korea Utara dan Korea Selatan kian memuncak apabila Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah mengeluarkan amaran untuk melancarkan ujian nuklear ke atas Korea Selatan.
 
"Situasi sekarang agak tegang," katanya ringkas dalam satu kenyataan yang dipetik dari berita rasmi Korea Utara KCNA.
 
Dalam satu pertemuan yang diadakan oleh pemimpin ketenteraan pada Selasa lalu, Jong Un telah mendakwa pihaknya telah 'dipijak' oleh Washington dan Seoul, sekaligus mencabul akta rundingan damai yang diadakan
 
Sehubungan dengan itu, Korea Utara mula mengugut untuk melancarkan serangan nuklear ke atas kedua negara terbabit.
 
Jong Un yang juga merupakan Komander Tertinggi Tentera Korea Utara (KPA) turut menyifatkan latihan ketenteraan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) adalah satu bentuk latihan yang akan digunakan untuk menceroboh Pyongyang.