Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pengerusi Syiah Ja’fari ditahan polis

21/04/2014 10:08pm

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja’fari), Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz ditahan polis hari ini untuk disiasat berhubung pertubuhan itu yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, penahanan itu dibuat di Taman Sri Gombak selepas ROS membuat laporan polis berhubung kewujudan Ja’fari yang tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan.
"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan laporan akan dimaklumkan sejurus selesai soal siasat dijalankan.
"Segala dokumen berkaitan ada dengan pihak ROS, polis hanya membantu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jurucakap ROS ketika ditemui Bernama di IPD Gombak pula enggan mengulas mengenai perkara itu dan memberitahu ROS akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.