Sunday, April 20, 2014
Selamatkah Harta Dan Rakyat Sabah?
Sabah bertukar kepada pusat pemburu harta
KOTA KINABALU:
Akhir-akhir ini Sabah telah menarik pelbagai ‘pemburu harta’ dari
negara-negara di rantau Asia Pasifik, yang mencari apa sahaja harta yang
mereka boleh perolehi.
Sekumpulan
tujuh orang lelaki bersenjata dari selatan Filipina menculik seorang
pelancong Cina dari Singamata Reef Resort di Semporna pada 2 April, dan
telah menuntut wang tebusan sebanyak 500 juta peso (RM36.4 juta) bagi
membebaskannya.
Tidak
sampai 10 hari kemudiannya, polis marin menemui satu lagi jenis pemburu
harta di luar pantai Sabah. Semasa menjalankan Ops Cantas Laut di
perairan Pulau Mengalum, mereka menahan dan memeriksa sebuah bot nelayan
pada 10 April.
Dalam
bot itu, mereka menjumpai dan merampas kira-kira 20 tan kima gergasi,
sumber marin yang dilindungi, yang dikutip secara tidak sah yang
dianggarkan bernilai kira-kira RM400,000 di pasaran. Setelah menjalankan
pemeriksaan, polis marin mendapati bahawa kerang gergasi itu diperolehi
daripada dasar laut.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata polis telah menahan tekong dan
lapan orang anak kapal, warga Vietnam yang berumur di antara 20 dan 40
tahun, yang berada di atas bot.
"Ini
adalah tangkapan pertama seumpamanya, tetapi mereka mungkin telah
menjalankan aktiviti ini untuk tempoh masa yang panjang," katanya kepada
media pada 14 April.
Pihak
berkuasa pada mulanya tidak tentu dengan langkah seterusnya. Apabila
kes itu dirujuk oleh pihak polis kepada Jabatan Perikanan, mereka
diberitahu bahawa kerana kerang ini diambil dari dasar laut, yang
dianggap sebagai sebahagian daripada tanah, perkara itu perlu diuruskan
oleh Jabatan Tanah dan Ukur.
"Polis
akan menyiasat syarikat kapal itu di sini, manakala sembilan warga
Vietnam ini akan dirujuk kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk tindakan
selanjutnya," tambah Hamza.
"Kima
gergasi adalah spesies yang dilindungi. Ia tidak banyak terdapat di
dunia. Saya percaya daripada 10 spesies kima gergasi, sembilan
daripadanya terdapat di Sabah," kata Hamza, sambil menambah bahawa kima
gergasi biasanya digunakan sebagai hiasan dan untuk tujuan kosmetik,
manakala isinya boleh dimakan.
Mana-mana
individu yang mahu memungut kima gergasi perlu mendapat kelulusan khas
daripada pihak berkuasa, kata Hamza. Dalam kes ini, warga Vietnam ini
telah didapati memungut kima gergasi tanpa permit yang sah.
Polis
kini mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 168, Ordinan Tanah
Sabah (Bab 68) atas dakwaan mengeluarkan dan mengambil khazanah laut
tanpa kelulusan daripada kerajaan negeri. Jika sabit kesalahan, mereka
yang didakwa akan dikenakan denda tidak melebihi RM100 ,000 atau penjara
tidak melebihi lima tahun.
Kima
gergasi, ataupun nama saintifiknya Tridacna gigas, adalah kerang
moluska dwi-injap hidup terbesar, dan merupakan salah satu spesis kerang
paling terancam di dunia. Menurut saintis marin, kima gergasi ini hanya
memiliki satu peluang untuk mencari habitat yang sesuai. Apabila ia
melekat kepada terumbu karang, ia akan kekal di situ untuk sepanjang
hayatnya.
Sementara
itu, Sabah juga telah dilanda satu lagi bentuk kerugian harta laut.
Bulan lepas, Dr James Alin, seorang pakar akademik dari Universiti
Malaysia Sabah (UMS) membuat penemuan mengejutkan 60 bangkai penyu di
Pulau Tiga, di luar pantai barat Sabah.
James
berkata, penduduk kampung mendakwa mereka telah memberitahu pihak
berkuasa mengenai pemburuan haram sejak bertahun-tahun tetapi ia telah
dianggap sebagai khabar angin.
Beliau
telah menerima maklumat dari pemilik perniagaan menangkap ikan di Kudat
mengenai aktiviti-aktiviti pemburuan haram, dan bahawa penyu laut telah
dibunuh untuk daging mereka yang dijual kepada kapal-kapal nelayan dari
China dan Vietnam di sepanjang Selat Balabac.
Penyu laut dewasa hidup boleh dijual dengan nilai RM2,000 manakala harga penyu muda boleh mencecah RM1,300, katanya.
Penemuan
ini juga telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pelbagai badan bukan
kerajaan, termasuk Persatuan Pemandu Pelancong Sabah, di mana
presidennya Daniel Doughty berkata selepas melihat gambar-gambar bangkai
penyu itu, beliau merasakan pulau itu menyerupai "medan pembunuhan".
"Kami
tidak boleh membiarkan ini berterusan di halaman kami. Sesuatu perlu
dilakukan dan salah satu langkah pertama adalah untuk menjadikannya
taman laut, yang kami telah tunggu untuk sekurang-kurangnya 10 tahun,"
katanya.
Datuk
Seri Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Negeri, berkata bahawa pegawai Taman-Taman Sabah sedang menyiasat
penemuan di Pulau Tiga ini, sebuah pulau di bawah cadangan Taman Laut
Tun Mustapha.
Taman
yang dicadangkan ini mempunyai biodiversiti yang menyokong satu siri
kompleks habitat yang bersambung, dan menjadi rumah kepada haiwan marin
terancam seperti penyu hijau dan dugong.
Salah
satu tarikan terbesar bagi pelancong ke Sabah adalah aset semula jadi
seperti pulau, kawasan menyelam, batu karang, pantai, hidupan liar dan
lain-lain bentuk tarikan berasaskan alam semula jadi.
Apa-apa kemusnahan kepada aset-aset berharga menjadi ancaman kepada industri pelancongan yang berkembang pesat di Sabah.
Pulau
Tiga yang sebelum ini agak tidak diketahui, menjadi terkenal ke seluruh
isi rumah di seluruh dunia pada tahun 2000, disebabkan rancangan
televisyen popular Amerika, Survivor, pada rangkaian CBS.
Seramai
16 orang warga Amerika telah "terdampar" di Pulau Tiga, dan setiap
langkah mereka telah difilemkan oleh kamera televisyen. Para peserta
menghabiskan 39 hari di pulau itu dan rancangan tersebut dipecahkan
kepada 13 episod satu jam, yang disiarkan setiap malam Rabu di saluran
CBS. - sumber
0 orang berkata:
Post a Comment