Thursday, April 3, 2014
MH370: Ini Dia Model Gulfstream G650 Milik Sir Peter Jackson Yang Ikut Misi SAR
Jet pengarah Lord of The Rings cari MH370
GAMBAR menunjukkan bentuk jet Gulfstream G650
PERTH - Sebuah jet peribadi milik pengarah filem Lord of The Rings,
Sir Peter Jackson turut terlibat dalam misi mencari sebuah pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi pada 8
Mac lalu.
Seorang
jurucakap Jackson semalam mengesahkan bahawa pesawat jenis Gulfstream
G650 itu telah disewa oleh pihak berkuasa Australia dan beroperasi di
luar Perth.
Pesawat itu berharga AS$80 juta (RM261 juta).
Kata jurucakap
itu, jet berkenaan mampu terbang jauh dan sesuai beroperasi di kawasan
pencarian pesawat MH370 yang terletak di satu kawasan terpencil di
selatan Lautan Hindi.
Sir Peter Jackson
Jelas jurucakap itu lagi, jet berkenaan memang diiklankan untuk disewa.
Pusat
Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang menyelaras operasi mencari pesawat
MH370 itu sebelum ini memberitahu sebuah jet awam digunakan sebagai
satu pusat komunikasi antara pesawat tentera yang menyertai misi
berkenaan.
Jet G650 mampu terbang lebih laju berbanding mana-mana pesawat yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja New Zealand.
Ia mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 1,140 kilometer sejam hampir menyamai kelajuan bunyi iaitu 1,234 kilometer sejam.
Keistimewaan
jet G650 buatan syarikat Gulfstream Aerospace dari Amerika Syarikat itu
adalah ia mempunyai jarak penerbangan sejauh 12,960 kilometer yang
membolehkannya terbang tanpa henti dari Wellington, New Zealand ke Los
Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Pesawat MH370
yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China hilang
pada 8 Mac lalu sebelum dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.
GAMBAR
yang disiarkan Pasukan Pertahanan Australia semalam menunjukkan seorang
kru berada di atas bot dekat kapal HMAS Success bagi mencari serpihan
pesawat MH370
Usaha mencari
kini tertumpu di kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan
Hindi yang mengambil masa penerbangan kira-kira dua jam setengah dari
sini.
Operasi mencari sehingga kini gagal menemui sebarang serpihan pesawat.
Beberapa objek yang dikesan di Lautan Hindi disahkan sebagai sampah serta peralatan menangkap ikan.
Pesawat itu dipandu juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid, 27.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru.
Seramai 153 penumpang dalam pesawat itu ialah warga China.
Sebanyak 38 warga Malaysia menaiki pesawat itu. - Agensi
0 orang berkata:
Post a Comment