Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, April 22, 2014

Rafizi Akan Saman Kerajaan Negeri Sarawak

Selepas dihalang untuk memasuki Sarawak buat kali kedua, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah di Kuching untuk mencabar salah guna kerajaan kuasa kerajaan negeri itu. – 
 
Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.
 
Selepas dihalang untuk memasuki Sarawak buat kali kedua, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah di Kuching untuk mencabar salah guna kerajaan kuasa kerajaan negeri itu.
Rafizi berkata selain memfailkan kes di mahkamah, beliau juga akan meneliti Akta Imigresen di Parlimen.

"Tindakan menghalang saya dan pimpinan PKR lain benar-benar merencatkan persediaan pemilihan PKR Sarawak yang memerlukan sokongan daripada semua pemimpin di seluruh negara.


"Kerana itu saya akan mengambil tindakan mahkamah di Kuching dalam masa terdekat  termasuk membawa ke Parlimen supaya ada mekanisme 'check and balance' (keseimbangan) untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa ahli politik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Rafizi disekat daripada memasuki Sarawak sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira jam 6.20 petang.

Beliau memaklumkan hal itu dengan menulis di entrinya melalui laman Twitter @rafiziramli.

Rafizi pada sidang medianya hari ini berkata melalui rujukan dengan pegawai kanan Jabatan Imigresen negeri itu mengesahkan bahawa beliau tidak akan dapat memasuki ke Sarawak selagi namanya masih lagi berada d‎alam senarai hitam yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Beliau berkata, pegawai itu juga memaklumkan kepadanya bahawa jabatan tersebut diberikan arahan keras untuk menguatkuasakan larangan masuk itu tanpa sebarang budi bicara.

"Itu larangan daripada pejabat Ketua Menteri Sarawak, bermakna sekiranya saya dapat melepasi masuk ke negeri itu dan apabila ditahan penguatkuasa imigresen juga terpaksa menangguh akibatnya," katanya.

Kali pertama pemimpin PKR itu disekat memasuki Sarawak ialah pada 25 Mac lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. – tmi




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.