Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Alhamdulillah!!! (Gambar) Solat Hajat Pertahan Pakatan, Bukan Tanda Sokongan Kepada TS Khalid.. Jom Terjah!!!


PETALING JAYA: Program solat hajat perdana, Khamis ini bukan sebagai tanda sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebaliknya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Mengakui ia amalan yang biasa dilakukan, katanya, penganjuran program itu bukan semata-mata untuk memastikan Khalid dapat mengekalkan jawatan yang disandangnya itu.

"Memang betul solat hajat perdana ini akan diadakan Khamis ini, tetapi bukan untuk menyatakan sokongan terhadap Khalid.

"Program seperti ini adalah perkara biasa. Kita akan mengadakan solat hajat setiap kali kita berhadapan dengan apa jua krisis. Kita juga pernah adakan solat hajat untuk Gaza dan MH370.

"Memandangkan sekarang Selangor berhadapan krisis politik, maka program ini adalah sebahagian daripada usaha kita memohon doa kepada Allah agar isu ini  dapat menemui jalan penyelesaian," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Krisis politik yang melanda Selangor mendorong penganjuran solat hajat perdana bagi mendoakan supaya pergolakan di negeri yang diterajui Pakatan Rakyat dapat diselesaikan segera.

Ia bakal diadakan di seluruh negara pada Khamis ini atas arahan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Bagaimanapun di Selangor, kediaman rasmi Menteri Besar di Shah Alam menjadi lokasi pilihan Dewan Pemuda PAS negeri itu.

Solat hajat perdana bertemakan 'Mempertahankan Kerajaan Selangor' itu akan diadakan bermula pukul 6.30 petang hingga 11 malam.

Pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor masih belum bernoktah malah lebih teruk apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan nota penjelasan mencatatkan alasan kenapa Khalid perlu berundur daripada jawatannya.

PKR pada Isnin tetap mempertahankan keputusan untuk mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk menggantikan Khalid.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar manakala Nik Aziz mempersoalkan tindakan PKR mahu memecat Khalid.

Malah, Iskandar turut mahu Khalid dikekalkan dengan mengambil kira pencapaiannya dalam menerajui Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.