6/08/14
Isu Tukar Menteri Besar - PKR bongkar rundingan ragu Khalid
Isu penyelesaian hutang Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam dijadikan alasan utama oleh PKR bagi meyakinkan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk menukar menteri besar Selangor itu.
Dalam penjelasan 91 halaman kepada PAS
dengan salinan kepada DAP, PKR antaranya memaklumkan terdapat "keraguan
munasabah" dalam isu penyelesaian hutang RM59.5 juta itu.
Dokumen itu membangkitkan bagaimana
rundingan penyelesaian tuntutan hutang luar mahkamah dipercepat selepas
PKR mengumumkan Langkah Kajang pada 28 Januari lalu.
Dalam bentuk kronologi, dokumen itu juga
memperincikan kes itu bermula keputusan mahkamah dan persoalan
integritinya selepas pelupusan hutangnya secara mengejut.
PKR mempertikaikan penyelesaian kes itu walaupun peguam Bank Islam percaya mereka mempunyai hujah kukuh untuk memenangi kes.
Dibangkitkan juga persoalan berhubung:
Rundingan Bank Islam-Khalid di luar
mahkamah yang menyebabkan saman tuntutan hutang terhadap Khalid
digugurkan dibuat tanpa pengetahuan peguam Bank Islam yang maklum di
saat-saat akhir pada Februari 2014.
Tindakan Khalid didakwa menggunakan
seorang peguam ternama yang rapat dengan Umno dan kemudiannya mendapat
kepentingan besar dalam projek harta tanah Selangor.
(Nama individu berkaitan dan syarikat itu belum didedahkan Malaysiakini sementara menunggu reaksi daripadanya.)
Keengganan Khalid berterus terang
mengenai pelupusan hutangnya secara mengejut walaupun beberapa kali
diarahkan parti membuat penjelasan.
PKR berkata Khalid tidak memberikan
penjelasan telus dan diterima akal. Ini ekoran penjelasannya bahawa Bank
Islam menggugurkan saman selepas beliau berjanji membayar balik
menggunakan wang yang dijangka diperoleh melalui saman terhadap
Permodalan Nasional Bhd.
Berhubung isu penstrukturan semula air negeri, dokumen itu membangkitkan:
Persoalan bagaimana kerajaan pusat
berjaya mendapat kelulusan untuk projek loji rawatan air berbilion
ringgit Langat 2 ketika sedangkan negeri gagal mengambil alih sepenuhnya
konsesi air.
Tawaran akhir pampasan kepada pemegang
saham majoriti majoriti kepada Rozali Ismail, yang memegang saham
majoriti dalam konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak
Niaga dinaikkan lebih RM500 juta sedangkan Splash pula diturunkan
kira-kira RM2 bilion.
Tuduhan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli mengikat perjanjian
sulit untuk mendapatkan komisen RM60 juta daripada seorang pemegang
saham utama Splash.
Dokumen itu turut membangkitkan sokongan Khalid terhadap pelaksanaan Lebuh Raya Kidex yang dikaitkan dengan tokoh Umno.
PKR bagaimanapun berkata, prestasi kepimpinan Khalid semasa penggal pertamanya baik dan memuaskan.
Khalid sebelum ini mencabar Setiausaha
Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat laporan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan "keraguan integriti"
terhadapnya benar.
Khalid menafikan tuduhan yang
dilemparkan terhadapnya sekali gus memandang serius dakwaan berhubung
isu penyelesaian hutang beliau dengan Bank Islam itu.- mk
0 orang berkata:
Post a Comment