Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG INI PAS PERLU TERANGKAN

Ahad, 24 Ogos 2014


'Dengan 30 SD, Azizah tak perlu tunggu PAS' - Aziz Bari

Kelewatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak penting kerana PKR sudah pun mempunyai jumlah sokongan yang diperlukan.

“Saya fikir 30 SD (menyokong Azizah) sudah lebih daripada cukup.

“Tidak mengapa jika PAS berlengah-lengah menandatangani surat sokongan kepada Wan Azizah,” kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari malam tadi.

Pensyarah undang-undang berkata 30 SD itu ibarat sambil menyelam sambil minum air.

“Implikasi undang-undang terhadap SD itu juga penting: ia mengambil budi bicara sultan dalam melantik MB.

“Kewujudan SD itu menjadikan peranan sultan kini hanya formaliti dan istiadat semata-mata,” katanya dalam kenyataan.
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

Dalam hal undang undang boleh la dia cakap.tapi dalam hal politik baik tutip mulut nanti menampakkan kebodohan. Bodoh bukan kerana apa yg.dia katakan.tapi bodoh kerana tidak memikirkan kesan kenyataanya kpfd.rakyat selangor.
memang pkr dah cukop majoriti dgn. 30 sd. Tapi.tspi.dan tapi.
cuba buat matematik sikit. Siapa yg.buat sd itu?
Dan kalau wan azizah jadi mb dgn.sd-sd itu.siapa sebenarnya munguasai DUN selangor?
(Kalau tak dpt.jawapan,jgn.cakap fasal politik selangot)
ATAU INI YG.PKR MAHU.SANGGOP JUAL KUASA MELAYU DEMI JAWATAN MB.
tak kah terasa pelik,napa dap senyap sekarang? Mereka dah nampak cahaya dihujong terowong. Melayi pkr dah boleh dibeli.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.