Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN YANG SOMBONG DAN BONGKAK

Ahad, 24 Ogos 2014

Kongres PKR: Wan Azizah Boleh Jadi MB Tanpa Sokongan PAS



SHAH ALAM: Cita-cita Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadikan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu boleh dilaksanakan walaupun tanpa sokongan PAS. 

Naib Presiden PKR yang baharu, Mohd Rafizi Ramli berkata, Dr Wan Azizah sudah mempunyai sokongan majoriti mudah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Walaupun tanpa surat sokongan PAS, kita mempunyai majoriti yang jelas," katanya merujuk kepada baki 13 wakil rakyat PAS Selangor yang belum menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Wan Azizah.

Hingga kini Pakatan Rakyat Selangor mempersembahkan 30 SD kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan pendirian supaya penyandang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan.

Tiga puluh SD yang dipersembahkan sebelum ini ditandatangani 13 wakil rakyat PKR, 15 daripada DAP dan dua lagi daripada PAS.

Selain itu, Rafizi yang juga bekas Pengarah Strategi PKR ketika 'Langkah Kajang' dimulakan untuk menggulingkan Khalid memberi peringatakan kepada ahli parti supaya bersiap-sedia jika pilihan raya negeri Selangor terpaksa diadakan.

Katanya, ahli PKR tidak boleh memandang ringan kemungkinan itu kerana perkara tersebut boleh berlaku jika Khalid tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatannya.


"Tapi saya nak ingatkan Tan Sri Khalid supaya jangan sabotaj rakyat dengan membubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri). Undurlah dengan baik.

"Bagaimanapun, kita sebagai anggota parti perlu bersedia dari sekarang jika pilihan raya negeri diadakan," katanya. 
 

3 orang berkata:

Anonymous said...

memang benarlah. pas tak sokong pun tetap dah majoriti.

cuma tengok video sombong dan bongkak si amar tu.

Anonymous said...

Memang boleh. Tapi adakah KDYMM boleh menerima kerajaan srperti itu.
Dap 15
Pkr 13
Pas 2
Dslam pkr ada 2 adun bukan mrlayu.
Komposisi kerajaan pr selangor nanti.
Adun melayu 13.bukan melayu 17.
Adakah ini yg.rafisi mahu.? Adakah ini pemikiran pkr?asalkan dapat jadi mb tak kita siapa yg.menguasai kerajaan?
Patut la dap beria ia sgt.menyokong azizah dan menyerang pas. Memamg dap mau pas meninggal pakatan supaya suara melayu hilang dalam pakatan
Dan pkr akan jadi trojan horse dap.
Kalau inilah corak pemikiran melayu dalam pkr, malang sunggoh bagi melayu yg.terus menyokong pkr

FIT said...

Tengok jer mampu ker Pkr (parti Konar Rakyat) tanpa Pas

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.