Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AZMIN KENA RUJUK BALIK PENOLAKANNYA SEBAGAI MB, NANTI PAS PULA AMBIL HU HU HU

Tuesday, August 19, 2014

Kan Azmin dah tolak.. kenapa ada yang mengatakan Azmin mahu jadi MB ni?


Baru-baru ini.. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengejutkan pelbagai pihak apabila menolak untuk namanya dipertimbangkan Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

“Saya cukup hargai dan berterima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi dan seluruh pimpinan Pas yang telah calonkan saya sebagai calon MB selain Dr Wan Azizah,” kata Azmin.

“Namun selaku Timbalan Presiden PKR, saya patuh kepada keputusan yang dibuat parti melalui perbincangan dengan pimpinan PR utk calonkan Azizah sebagai MB baru seperti yang telah dipersetujui melalui akuan sumpah yang telah dikemukakan dan dipersembahkan kepada pihak istana,” tambah beliau.

“Pada saya, parti harus didahulukan. Saya beritahu rakan pimpinan bahawa kita mesti utamakan Pakatan Rakyat dan saya begitu percaya bahawa krisis ini akan kuatkan lago Pakatan dan PKR,” kata beliau lagi..

Tetapi hari ini muncul satu laporan dari mStar yang kononnya memetik kenyataan dari beberapa Ketua Cabang yang menyokong Azmin.
SHAH ALAM: Penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mempunyai keyakinan tinggi bahawa beliau akhirnya akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu. 
Keyakinan ini timbul walaupun ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk hanya mencadangkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana Selangor sebagai menggantikan penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
"Kami tahu bahawa istana akan menolak Dr Wan Azizah," kata seorang ketua cabang PKR yang menyokong Azmin. 
"Apabila ini berlaku, Pakatan tidak mempunyai pilihan melainkan mencadangkan nama lain dan kami yakin orang itu adalah Azmin." 
Katanya, kepimpinan parti menyedari terdapat kebarangkalian terhadap Azmin yang namanya tidak dicadangkan sekiranya nama Dr Wan Azizah ditolak oleh Sultan Selangor. 
"Mereka tahu bahawa dua pertiga daripada PKR mahu Azmin menjadi menteri besar," kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan. 
"Pada masa itu, parti akan berpecah jika namanya tidak dihantar." 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak Khalid berkata Azmin mempunyai pengikut yang ramai dalam parti itu. 
"Beliau mendapat sokongan yang amat menggalakkan. Buktinya adalah hakikat bahawa beliau telah menewaskan Khalid dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden," katanya. 
Katanya, berbeza dengan Azmin, Dr Wan Azizah hanya menjadi presiden PKR kerana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR berkata parti memutuskan untuk tidak mengemukakan nama Azmin walaupun selepas Sultan enggan menghadap Dr Wan Azizah kerana mereka tidak mahu memalukan beliau. 
"Ia dilakukan untuk menjaga air muka, terutamanya selepas pengumuman bahawa 30 wakil rakyat telah menandatangani akuan yang menyatakan sokongan untuk menyokong beliau," katanya, sambil menambah pengikut Azmin percaya bahawa Sultan kini akan berkenan menghadap beliau tetapi akan meminta nama calon lain dikemukakan. 
"Pada itu kita kemudiannya akan mengemukakan nama Azmin," kata ketua cabang itu lagi, sambil menambah PAS kini menyokong penuh Dr Wan Azizah, bersama-sama dengan DAP kerana mereka memahami keperluan untuk menjaga air muka presiden PKR. 
"Apabila namanya ditolak, PAS dan DAP akan mengemukakan nama Azmin," katanya, dengan mendakwa hanya PKR yang masih belum membuat keputusan muktamad mengenai mengemukakan nama timbalan presiden sebagai calon. 
Beliau mendakwa, ramai ahli PKR juga percaya bahawa Anwar bimbang Azmin 'tidak mendengar cakapnya' dan 'mempunyai pendirian sendiri' jika dia menjadi menteri besar. 
"Azmin adalah seorang ahli politik yang matang dan berkebolehan," katanya. 
"Dia akan menghormati Anwar sewajarnya tetapi, sudah tentu dia tidak boleh berunding dengan Anwar dalam setiap keputusan yang perlu dibuat," katanya.
Saintis politik USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata reputasi PKR akan terjejas jika Dr Wan Azizah tidak diterima oleh istana Selangor lapor mStar


Persoalannya siapakah yang dikatakan sebagai Ketua Cabang itu?..

Adakah beliau benar-benar seorang Ketua Cabang atau hanya seorang macai yang menyamar sebagai Ketua Cabang?

Kenyataannya jelas cuba untuk menimbulkan rasa curiga Wan Azizah terhadap Azmin..

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pas kena hantar calon supaya di nilai oleh sultan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.