Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERTAMBAH RUMIT NAMPAKNYA SELANGOR NIH

APAKAH MENJELANG SULTAN PULANG NANTI, MAKA BANTAHAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERTAMBAH RAMAI ? - Pak Karamu

 Wednesday, August 20, 2014

Pakatan Rakyat punca krisis, kekecohan dan ketidaktenteraman politik Selangor


Pakatan Rakyat punca krisis, 
kekecohan dan ketidaktenteraman politik Selangor 

12 NGO bersatu pertahan Khalid Ibrahim

Sekumpulan 12 NGO mewakili rakyat Selangor hari ini melancarkan gerakan untuk mempertahankan pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga penggalnya berakhir.

Kumpulan NGO itu mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang didakwa mereka menjadi punca krisis, kekecohan dan ketidaktenteraman politik di negeri itu ketika ini.

Mereka turut mengumumkan bakal mengadakan program antaranya himpunan aman, menghantar memorandum serta acara keagamaan sehingga malam merdeka bagi menyampaikan mesej kepada semua pihak, dari Istana hingga ke jalan raya.

Seramai 30 wakil NGO hadir antaranya dari Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB), Gerakan Anak Bugis Selangor (GRABS), Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) dan beberapa lagi NGO wakili pelbagai golongan masyarakat.


Mereka melancarkan Gerakan Kebangkitan Rakyat Selangor di Pusat Rekreasi Antan Bantura di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang medianya, Pengerusi Penaja GRABS, Faisal Idris berkata rakyat di negeri itu mempersoal mengapa Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang perlu ditukar.

"Saya tanya mengapa nak tukar pemimpin yang baik? PAS sendiri pun mengakui Khalid pemimpin yang baik.

"Ini pengkhianatan. Langkah Kajang bukan saja satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia tetapi negeri Selangor," katanya.

Sementara Pengerusi ARAS Abdul Rahim Abdul Wahab pula berkata negara, Pakatan Rakyat dan negeri Selangor akan mengalami kerugian dan berdepan impak negatif jika Khalid ditolak sebegitu rupa.

Beliau berkata Pakatan Rakyat perlu mengambil pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat Selangor.

"Setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih (pada 2008), Khalid bawa banyak perubahan bukan saja dari segi material, tetapi lebih penting perubahan pendekatan politik.

"Dari pandangan saya, Khalid tak perlu diganti. Seharusnya beliau habiskan penggal ini sebagai menteri besar dan sediakan penggantinya selepas ini," kata Abdul Rahim.

4 orang berkata:

Anonymous said...

tak rumitpun. abaikan jer NGO upahan tu. tak perlu tolong buat promosi.

bila negeri ditadbir BN tukar MB, takde pulak yg protes. itu hak parti pemerintah, puak2 ngo ni saja buat kacau jer, paling senang, jgn dilayan.

Anonymous said...

Betul tu tp nampak gaya nye pru14 ni pakai lingkup le.

Anonymous said...

Allah dh mudahkan jalan dgn memberi kemenangan pd pru 13, korang hancurkan harapan rakyat..seandainya berlaku PRN maka terpulanglah pd rakyat yg menentukan.

Anonymous said...

PR tunjuk contoh yg positif. bukan main angguk angguk je.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.