Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH AGAK DAH, SEMBANG JE LEBIH

Wednesday, August 6, 2014

Apa Bodoh Sangat Politik PKR Hari Ini? Posted by Era pasca

 
Dah naik meluat pulak aku tengok perjalanan PKR hari ini.

Bermula dengan surat tunjuk sebab kepada TS Khalid Ibrahim yang hanya memberi tempoh 3 hari, sehinggalah taklimat yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan akhir sekali respons Pengarah Strategik PKR kepada Setiausaha Agung PAS, menunjukkan bahawa PKR sebenarnya tidak lagi berminat untuk membela rakyat, sebaliknya hanya berkisar dan memusatkan kuasa pada satu pundak sahaja iaitu keluarga Ketua Umum.

UMNGOK yang dikatakan zalim pun, memberikan tempoh 2 minggu untuk mana-mana ahli mereka yang diberikan surat tunjuk sebab. Malah parti-parti lain pun, menggunakan standard yang sama. Kenapa pula PKR terlalu advance dengan tiga hari sahaja tempoh masanya.

Seperti yang dikatakan oleh Zuraidah sewaktu taklimat tadi yang turut kecoh kerana kenyataan media kedua yang menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar, TS Khalid hanya mempunyai masa sehingga 8 Ogos sahaja pukul 3:00 petang. Kalau tak dijawab juga, maka MPP akan bermesyuarat untuk menentukan kedudukan dan bentuk tindakan terhadap TS Khalid.

Apa yang susah sangat nak cakap, TS Khalid nak dipecat dari parti. Tak payahlah buat prosedur yang semua orang tahu, ia adalah pembohongan dan taktik retorik semata-mata.

Kemudian taklimat di Ibu Pejabat PKR Tropicana tengah hari tadi. Zuraida jadi jurucakap tetapi bila datang kenyataan media kedua yang juga dikeluarkan oleh MPP, Zuraida dengan nada bongkak bagitahu, dia perlu endorsed surat berkenaan. 


Tanpa endorsementnya, surat tu tak laku. Dengan alasan budak-budak kecil kononnya kenyataan kedua itu adalah DRAFT sahaja, bagi aku, Zuraida cuma membodoh-bodohkan para wartawan sahaja. 

Malangnya, wartawan tak bodoh sebaliknya wartawan yang ada kata Zuraida bodoh dan tidak matang walaupun sudah tua.

Tapi yang paling devastated sekali adalah respons Rafizi Ramli kepada Setiausaha Agung PAS. Kenapa Rafizi Ramli jadi terlalu tidak beradab sangat? 


Kalaupun benci, ingat sama, PKR menang di Selangor kerana sokongan PAS, bukan sebaliknya. Tanpa PAS, PKR takkan dapat sokongan daripada orang Melayu. Lagipun yang kuat bekerja adalah PAS. 

Kalau ada demonstrasi, PAS jugalah yang mengerahkan ahli dan PKR akn berbangga kononnya demonstrasi anjuran PKR berjaya.

Tolong kenang budi Tok Guru Nik Aziz sama yang banyak menyumbang bakti kepada kemajuan PKR.

Alasan apa pun yang diberikan oleh pucuk pimpinan PKR sekarang ini, rakyat hanya melihat ianya sekadar perebutan jawatan, ditambah pula dengan urusniaga tanah melibatkan Tropicana dan Eco World yang telah mendedahkan rahsia sebenar hubungan antara beberapa orang pemimpin PKR dengan Vincent Tan dan adiknya, Danny Tan.

Tolong jangan perbodohkan penyokong sendiri, boleh tak?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.