Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GOPOH DAN KABUR MENGUNDANG RUGI

Rabu, 6 Ogos 2014

PKR dijangka kehilangan banyak kerusi?

KUALA LUMPUR  - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka kehilangan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan semata-mata untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PKR dijangka kehilangan banyak kerusi?Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, PKR tidak sewajarnya bersikap terlalu yakin bahawa pengundi atas pagar akan terus menyokong parti itu dan mereka juga seharusnya tidak mengambil mudah peranan akar umbi parti yang mempunyai kuasa penentu.

"Dalam senario sekarang, PKR dilihat agak sukar mempertahankan 15 kerusi DUN yang dimenanginya di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dan orang Melayu khususnya golongan atas pagar mungkin memihak kepada UMNO atau Pas sekiranya pilihan raya negeri diadakan.

"UMNO dan Pas juga mungkin akan bekerjasama terutama dari segi pembahagian kerusi DUN yang ditandingi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan parti itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya di negeri Selangor sekiranya gagal menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu secara lancar.

Anwar membayangkan tentang kemungkinan itu berikutan ketegasan Abdul Khalid enggan mematuhi arahan parti untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya itu semata-mata bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, hasrat Anwar untuk mengadakan pilihan raya tersebut hanyalah retorik dan bertujuan menggambarkan pakatan pembangkang kononnya masih bersatu.

"Namun, sekiranya pilihan raya diadakan, pengundi atas pagar dan pengundi yang tidak bersama Barisan Nasional (BN) akan kembali menyokong parti tersebut.

"Dalam situasi ketika ini, pakatan pembangkang tidak boleh melaksanakan pilihan raya kerana berada dalam keadaan rumit. Kalau dibuat pilihan raya, mereka akan mendapat keputusan lebih teruk berbanding PRU-13," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, PKR merupakan pihak yang paling rugi sekiranya pilihan raya diadakan kerana sokongan rakyat Selangor sudah berubah.

Perkara itu jelas beliau, berikutan pelbagai isu yang timbul selepas PRU-13 terutama pilihan raya di Kajang dan masalah kebajikan rakyat di negeri itu.

"Saya optimis pilihan raya sekiranya diadakan di Selangor akan menyebabkan PKR menjadi pihak yang paling rugi. Rakyat sedang menilai kemelut ini kerana pada mereka, pilihan raya tersebut adalah tidak masuk akal," tambahnya. -UTUSAN

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.