• Mohamed Hanipa Maidin (baju batik) di Forum: Krisis Selangor: Pakatan Berpecah? Di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur. Mohamed Hanipa Maidin (baju batik) di Forum: Krisis Selangor: Pakatan Berpecah? Di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.

1 / 1
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Pas, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan bahawa pandangan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor adalah pandangan peribadinya.

Hanipa berkata, keputusan tersebut tidak mewakili Pas kerana keputusan tersebut hanya akan dimuktamadkan pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang bakal berlangsung pada 10 Ogos ini.

"Presiden Pas tidak mempunyai kuasa veto.

"Beliau (Abdul Hadi) bukan maksum, jadi keputusan itu hanya pandangan personal beliau.

"Jadi kita tunggu 10 Ogos ini," katanya di Forum: Selangor: Pakatan Berpecah ? di Dewan Perhimpunan Cina-Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Mohamed Hanipa berkata, Abdul Khalid sepatutnya sedar dan perlu mengundur diri segera kerana beliau telah ditolak oleh PKR.

"Beliau sudah ditolak oleh partinya sendiri," katanya lagi.

Menyentuh hal yang sama, Mohamed Hanipa menambah, kenyataan beliau terhadap Presiden Pas itu adalah kerana beliau lebih menyanyangi keutuhan dalam PR.

"I love my President (Saya sayangkan Presiden Pas), tetapi saya lebih sayang Pas Dan PR," katanya lagi.

Turut hadir dalam Forum tersebut, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) dan aktivis politik, Hishammuddin Rais.