• Mass Rapid Transit (MRT) Mass Rapid Transit (MRT)
1 / 1
PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT), Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dilaporkan meletak jawatan, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan MRT Corp dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Azhar mengambil keputusan meletak jawatan serta-merta berikutan insiden konkrit MRT runtuh yang mengorbankan tiga pekerja Bangladesh, malam tadi.

"Sebagai ketua MRT Corp, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian itu dan ini tindakan yang betul untuk diambil," katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Runtuh: Projek MRT dihentikan sementara waktu]

Beliau turut melahirkan kesedihan atas kejadian malang yang menimpa sehingga meragut nyawa.

Katanya, pihak MRT Corp dan pihak berkuasa akan menyiasat punca insiden itu berlaku.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara pada 8.30 malam tadi.

Namun usaha menyelemat berjaya menemui mayat ketiga-tiganya dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.