PANDANGAN PAK KARAMU PKR TIDAK BOLEH BUAT APA-APA, KHALID TETAP MB SELANGOR, USHA KALIAN SELAMA NIH RUPANYA ADALAH ATAS KEBODOHAN KALIAN DI DALAM UNDANG-UNDANG, YANG BOLEH DIHARAPKAN HANYA BERPOLITIK KOSONG,
YANG KALIAN DAPAT HANYA MUSUH DAN KEBENCIAN RAKYAT DI ATAS PERBUATAN KALIAN, PERJUANGAN KALIAN BUAT AKAN DATANG JIKA TIDAK MEMULIHKAN DENGAN PAS YANG KALIAN CIPTA SENDIRI MAKA PR AKAN MATI DENGAN SENDIRINYA
DIANTARA PAS DAN DAP TERPULANG KEPADA DAP SEJAUH MANA BURUK SANGKA MEREKA TERHADAP PAS ITU TERUS BERJALAN, APA YANG TERBAIK IALAH PKR DAN DAP BOLEHLAH BERJUANG UNTUK MENGEJAR CITA-CITA MASING-MASING
NAMPAKNYA JIKA TIDAK ADA USHA DI PULIHKAN MAKA KALIAN AKAN PERJUANG DALAM KEADAAN BANYAK NUSUH DISAMPING RAKYAT YANG SEMAKIH MENJAUHKAN DIRI - Pak Karamu
Khamis, 7 Ogos 2014
Abdul Khalid tetap sah MB jika gugur ahli PKR kata Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan
jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau
digugurkan sebagai ahli PKR.
Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh jadi menteri besar.
“Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah Adun.
“Jadi tiada masalah jika Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan,” katanya berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata, sekiranya PKR nekad mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya, ahli dalam dewan negeri perlu meluluskan usul atau membuat undi tidak percaya.
“Kalau parti tidak gembira dengan Abdul Khalid, ahli dewan negeri boleh guna alternatif itu.
“Hanya cara ini saja boleh memecat Abdul Khalid dan perkara ini tidak sepatutnya dilengah-lengahkan oleh PKR,” katanya.
Menurutnya, segala serangan berbentuk politik yang PKR lakukan ketika ini sebenarnya tidak sedikit pun menjejaskan Abdul Khalid kerana tindakan tersebut tidak berkaitan dengan amalan perundangan negara ini.
“Kalau hendak menggunakan tekanan politik untuk Abdul Khalid bersara...itu isu lain kerana perkara itu tiada kena mengena dengan isu undang-undang,” katanya.
Jelas Sham Rahayu, jika Abdul Khalid meletakkan jawatannya secara sukarela maka peletakan jawatan itu sah di sisi perundangan.
4 orang berkata:
Mereka buat undang2 sendiri... Hee..hee..
Jgn lupa setiap takdir ada hikmahnya untuk kebenaran. Yang selama ni saya tahu dan seluruh rakyat pun tahu. Sesungguhnya pkr pas dan dap adalah benar. Musuh utama adalah umno seperti musuh umat islam adalah yahudi. Permainan politik bn dan meracuni khalid seperti pengaruh politik yahudi menngunakan al sisi untuk menyingkir morsi. Ingat islam akan babgkit dan memusnahkan kerajaan sekular dan kafir. Dsai teruskan ketabahan menentang arus politik khianat umno dan bn. Kerajaan bn perlu ditumbangkan tapi bukan pr tapi Allah dan dia yg merancang dab yg lebih mengetahui. InsyaAllah.
Hallo.mana kau buat kajian.sebenarnya tski tak mkan rasuah .ITU pasal lah anwar dap susah hati.jatuhkan kalid ,naik kan wan azizah baru lah jadi remote control mb.senang anwar dan dap arah.senang aje.
Bubar DUN bagi pd rakyat s' ngor tentukan sendiri. Lepas pilihanraya baru kita tahu siapa hebat.
Post a Comment