Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMATANGAN POLITIK LIM KIT SIANG LEBIH BERMAKNA


MEMANG BENAR, MESYUARAT 10 OGOS SUDAH TIDAK MEMBERIKAN MAKNA APA-APA, JANGAN TUNGGU LA KEPUTUSANNYA, KERANA MAJLIS SYURA ULAMA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MENGIKUT PANDANGAN DASAR PARTI YANG TIDAK BOLEH SAMA SEKALI DIUBAH OLEH MESYUARAT 10 OGOS, PANDANGAN PENASIHAT DAP  LIM KIT SIANG DILIHAT SANGAT BERNAS DALAM BERPOLITIK, TAKUTNYA NANTI LIM KIT SIANG PULA MENJADI MUSUH YANG BARU BAGI PKR ? UDAH LA TU, MEH BUAT KERJA, BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH WALAUPUN PAHIT - Pak Karamu

Khamis, 7 Ogos 2014

Kit Siang: Pakatan lebih penting dari Khalid

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kelangsungan Pakatan Rakyat perlu lebih diutamakan berbanding masa depan politik Tan Sri Khalid Ibrahim.

MP Gelang Patah itu menegaskan demikian melalui satu kenyataannya yang menyebut, tarikh 10 Ogos bukan tarikh penentu untuk masa depan Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi ia lebih penting bagi masa depan Pakatan Rakyat.

Katanya, keputusan mesyuarat penting oleh DAP dan PAS pada hari itu akan menentukan sekiranya Pakatan dapat meneruskan agendanya di Malaysia.

“Hari Ahad, 10 Ogos bukanlah hari penentu yang apa sangat bagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai meneri besar Selangor, tetapi lebih penting bagi Pakatan Rakyat yang berusia 10 tahun...,” katanya.

Beliau juga melihat bahawa keyakinan masyarakat ke atas Pakatan Rakyat banyak terjejas selepas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu memutuskan agar menteri besar Selangor ditukar.

Perkembangan ini juga disifatkannya sebagai krisis paling buruk sejak gabungan parti itu ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Kenyataannya itu muncul susulan pergeseran yang berlaku di kalangan pemimpin PKR, dan juga penentangan terbuka dari PAS ke atas rancangan menyingkirkan Khalid dari jawatan menteri besar.


Lim berkata, Pakatan boleh terselamat dari krisis ini sekiranya semua pemimpinnya berpegang teguh pada dasar yang disepakati bersama.
Selain Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Jawatankuasa PAS Pusat juga akan bermesyuarat pada hari Ahad ini berhubung pendirian parti itu.

Bagaimanapun, Majlis Syura Ulamak yang dipimpin mursyidul am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudahpun membuat ketetapan hari ini agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar.

Lazimnya, Jawatankuasa PAS Pusat tidak akan membuat keputusan yang bertentangan dengan ketetapan oleh badan tertinggi dalam parti Islam itu. 
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

yg benornye mengkeme dgn b.n takde beza,syukurla perkara ni jadi untuk bukak mata muslim yg mahu berfikir,ini sistem ialah sistem dimana untung nasib nama Allah pun berada dibawah kuasa mahkamah utk putuskan,nama Tuhan tau bukan nama makcik bedah sebelah rumah..semoga kita muslim buangla rasa taksub kepada pendukung2 politik sistem ni sampai kita akhirnya porak peranda sesama kita..mereka ini org politik sistem ini sama saja tingkah lakunya,dimana akhirnya yg diejek firaun pun tak lantik bini sendiri yg mengejek pulak buat hehe..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.