Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

STAFF DUTY LEMAH NIH !

BUKANKAH EDARAN SALINAN SURAT ITU LEBIH BAIK DIGUNAKAN PERKATAAN MAKLUMAT KEPADA ? MENGGANYIKAN PERKATAAN "SALINAN KEPADA", UNTUK  EDARAN, KERANA SALINAN KEPADA ITU UNTUK APA TUJUANNYA ? NI STAFF DUTY LEMAH NIH ! MA'AF YE ! Pak Karamu

Thursday, August 7, 2014

Ooo...Fahamlah Aku Kenapa PKR Beriya-iya Sangat Nak Tukar Khalid!

Penjelasan sebenar mengapa KEADILAN putus tukar MB Selangor

Penjelasan tersebut adalah sebagaimana surat Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan salinan kepada DAP dan KEADILAN seperti di bawah: 
RUJUKAN  KAMI:            SUA2014/SKR/0050 RUJUKAN ANDA:           -
TARIKH:                         4 Ogos 2014
Parti Keadilan Rakyat A-1-09, Merchant Square No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1 47410 Petaling Jaya TELEFON: +603 7885 0530 FAKS: +603 7885 0531 E-MAIL: ibupejabat@keadilanrakyat.org LAMAN  WEB: www.keadilanrakyat.org
YBhg Dato’ Mustafa Ali Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia Pejabat Agung No 318-A Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur
YBhg Dato’,
PENCALONAN YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR
SaifSaya mendoakan perjuangan kita terus mendapat petunjuk dan rahmat Allah SWT demi harapan rakyat yang kita pikul bersama.
Berikutan perbincangan berterusan  mengenai keputusan KEADILAN mencalonkan YB Dato’ Dr Wan Azizah Wan Ismail  sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, saya telah mengunjungi beberapa  pimpinan termasuklah YBhg Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’  Haji  Husam  Musa sepanjang minggu lepas. Pada akhir  pertemuan  yang diadakan  saya memahami ada keperluan untuk KEADILAN memberikan beberapa penjelasan dan menerangkan isu berbangkit yang mendorong kepada keputusan KEADILAN mencalonkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Sesuai dengan semangat itu, untuk mengelakkan pelbagai tohmah  dan versi yang berlainan yang sampai kepada pimpinan PAS sehingga menimbulkan  kesukaran untuk mengetahui apakah sebab sebenarnya keputusan KEADILAN untuk menukar Menteri Besar Selangor dibuat, bersama-sama ini saya sertakan laporan ringkas berserta  rujukan yang berkenaan yang merumuskan beberapa  peristiwa dan tindakan yang menjadi antara sebab musabab utama KEADILAN secara konsensus mengambil keputusan menggantikan kepimpinan Menteri Besar Selangor sedia ada.
Saya memohon jasa baik YBhg Dato’ untuk memanjangkan laporan ini kepada keseluruhan AJK PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos 2014 mengenai perkara ini. KEADILAN  juga akan menghantar terus laporan ringkas berserta  rujukan ini kepada kesemua YDP PAS Kawasan dan kesemua wakil rakyat PAS di seluruh negara agar perkara in dapat difahami seadilnya.
Saya berdoa agar perkara-perkara yang diketengahkan di dalam laporan ringkas ini dapat dihadam sepenuhnya oleh pimpinan PAS di setiap peringkat demi kebersamaan dan kepentingan mempertahankan Pakatan Rakyat.
halaman 1 dari 3 ! Selamat menyambut bulan Syawal dan wassalam.
Yang menjalankan amanah
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Setiausaha Agung KEADILAN
Salinan Kepada:
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN
YBhg Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
YB Saudara Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP
YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN
YAB Saudara Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP
YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor Ahli Majlis Pimpinan  Pusat KEADILAN AJK PAS Pusat
halaman 2 dari 3 - baca sepenuhnya di sini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.