PENING!!! Krisis MB Selangor : Apakah Ini Yang Bakal Terjadi? Jom Terjah!!!
9:46 AM
No comments
Keraguan
sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpeluang
menjadi menteri besar Selangor yang baru menyebabkan parti itu bersedia
untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.
The
Malaysian Insider difahamkan, parti itu percaya ada kemungkinan tinggi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan untuk memberi
laluan kepada pilihan raya negeri diadakan tidak lama lagi.
Arahan
itu dikeluarkan selepas timbul laporan menyatakan parti dalam Pakatan
Rakyat (PR) masih belum mencapai persetujuan untuk mencalonkan hanya
satu nama untuk mengambil alih jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang
dipecat daripada PKR awal bulan ini.
“Jika
ada dua nama, Sultan Selangor mungkin berfikir Pakatan tidak stabil dan
baginda boleh membubarkan DUN,” kata pemimpin PKR Selangor yang tidak
mahu namanya disiarkan.
Pemimpin
itu mendedahkan perbincangan dalaman parti berkisar mengenai senario
kemungkinan yang boleh berlaku minggu depan, apabila Sultan Sharafuddin
Idris Shah dijangka membuat keputusan.
Sultan Selangor memendekkan percutiannya dan tiba di negeri semalam. Baginda dijangka akan bertemu dengan Khalid pada Isnin.
Pemimpin
PR dan penganalisis politik berkata pilihan raya negeri yang baru boleh
mencederakan gabungan itu yang sekarang mempunyai 43 daripada 56 kerusi
dalam DUN Selangor.
Barisan Nasional (BN) mempunyai 12 kerusi dan Khalid kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.
Pada masa yang sama, pemimpin PKR di peringkat akar umbi mula tidak sabar menanti keputusan PAS yang masih berdolak-dalik.
Situasi yang masih boleh berubah
Di
Kongres Nasional PKR ke-10 semalam, beberapa pemimpin tertinggi PKR
masih kabur atau tidak pasti ketika menjawab soalan media berhubung
perkembangan terbaru krisis berkenaan.
Dilaporkan
semalam PAS masih belum membuat keputusan sama ada akan mencalonkan
satu atau dua nama daripada 43 Adun PR sebagai pengganti Khalid untuk
dihantar kepada Sultan Selangor.
Tetapi
ketika mesyuarat majlis presiden pada 17 Ogos, di mana pemimpin kanan
PAS turut hadir, pakatan itu membuat keputusan untuk mencalonkan hanya
Presiden PKR Dr Wan Azizah sebagai menteri besar untuk negeri terkaya
Malaysia itu.
Sebelum
mesyuarat majlis itu, parti Islam berkenaan membuat keputusan pada 17
Ogos untuk menghantar dua nama, Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR
Mohamed Azmin Ali.
Ketika
ditanya mengenai percanggahan antara apa yang diputuskan PR dengan
kemahuan PAS, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bukan
satu isu.
“Saya
sudah periksa, ia bukan isu kerana PAS beritahu mereka akan rujuk dalam
mesyuarat pada Isnin mengenai proses, tetapi keputusan akan diambil,
jadi tidak ada isu,” katanya.
PAS
akan bermesyuarat Isnin ini untuk membuat keputusan sama ada parti itu
akan bersetuju untuk menamakan hanya Dr Wan Azizah atau menghantar satu
lagi nama.
Naib
Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, belum dapat dipastikan sepenuhnya Dr
Wan Azizah pada minggu depan akan menjadi menteri besar seperti didesak
parti dan rakan gabungannya DAP.
PKR dan DAP masing-masing mempunyai 13 dan 15 kerusi dalam DUN, sementara PAS ada 15 kerusi.
“Ini
masih proses yang belum selesai dan keadaan masih boleh berubah. Ada
kemungkinan kita akan menghadapi pilihan raya negeri atau mungkin
kerajaan minoriti,” katanya.
Apa
yang PKR harapkan dapat memujuk Sultan Selangor ialah hakikat Dr Wan
Azizah mendapat sokongan 30 Adun, termasuk dua Adun PAS.
Tetapi
jika PAS, parti dalam pakatan, berpecah daripada kata sepakat PR dengan
menghantar dua nama, ia mungkin akan menyebabkan kekeliruan dan akan
digunakan untuk menyebabkan sidang DUN dibubarkan, kata pemimpin PKR
Selangor.
Jika ada dua nama, agak sukar untuk memilih calon PKR yang dicalonkan PAS tetapi tidak mendapat sokongan sama ada DAP atau PKR.
Pilihan raya yang bukan kehendak sesiapa
Walaupun
badan bebas Merdeka Center mendedahkan keputusan kaji selidik pada 22
Ogos yang menunjukkan PR masih boleh terus memegang Selangor jika
pilihan raya negeri diadakan, beberapa pemimpin PKR memberitahu The
Malaysian Insider mereka masih lebih suka jika tidak perlu melalui satu
lagi pilihan raya.
“PAS perlu menunjukkan mereka masih bersama parti lain dalam PR,” kata seorang pemimpin PKR dari Sepang, Borhan Aman Shah.
Borhan berkata, pelik apabila PAS bersikap tidak konsisten walaupun parti itu berpegang kuat kepada prinsip Islam.
“Kita tidak mahu pertentangan pendapat antara PAS dan parti lain dalam PR akan dieksploitasi Umno,” katanya.
Beliau
berkata, perbezaan pendapat itu juga boleh menjejaskan kedudukan PR
dalam pilihan raya walaupun pakatan itu dikatakan mempunyai peluang
cerah mengekalkan Selangor.
“Jika
pertentangan antara pemimpin berterusan, ia akan tersebar hingga ke
akar umbi di kalangan ahli dan memusnahkan keupayaan kita bekerja
bersama,” kata Borhan, yang juga calon dalam pilihan raya umum tahun
lalu bagi kerusi DUN Dengkil.
Ketua
Pemuda PKR baru dilantik Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pilihan raya
negeri tidak perlu diadakan kerana PR dapat membuktikan Dr Wan Azizah
mendapat sokongan 30 Adun.
“Rakyat tidak perlu melalui pilihan raya negeri. Tetapi kita bersedia untuk kemungkinan itu,” katanya yang juga Adun Seri Setia.
Ironinya
ialah dalam perkembangan terbaru ini, PAS yang kelihatan mengeruhkan
krisis itu dan boleh menjadi penyebab sidang DUN dibubarkan, adalah
parti yang dijangka kehilangan banyak kerusi disandangnya jika pilihan
raya negeri diadakan.
Seorang
lagi pemimpin PKR Selangor berkata di kalangan 3 parti dalam PR, PAS
menang sekurang-kurangnya 7 kerusi baru dengan majoriti bawah 1,000
kerana undi daripada pengundi bukan Islam dan di kawasan bandar.
“Jika
pengundi ini percaya PAS adalah masalah kepada krisis itu dan mereka
menarik balik sokongan terhadap parti itu, PAS boleh hilang antara 4
hingga 5 kerusi,” kata pegawai PKR itu yang enggan dikenali.
1 orang berkata:
Pkr dan dap dah cukop kuat dalam pr. Pas hanya menumpang umpama melukut ditepi gantang. Pkr dan dap dah cucok hidung pas. So tak perlu nak tunggu pas lagi. Go a head.pr dah cukop kurusi tanpa pas.
Dap 15
Pkr 13
Pas 2
(30) kan?
Apa yg.nak di.bising pasal pas?
Takut pakatan pecah?
Dalam pkr ramai bijak pandai.dalam dap ramai penyokong setia.
teruskan drrngan ajenda yg.dirancang.
Pas boleh tolsk tepi. Kalau ada prn pun 56-0. Tak yakin ke dgn.zuraida?
Post a Comment