• Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine
1 / 1
MELBOURNE - AUSTRALIA. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad membacakan ayat ke-34 Surah Luqman dalam al-Quran pada upacara peringatan negara di sini hari ini bagi memperingati 298 orang yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Lebih daripada 1,800 berkumpul di gereja besar St Patrick di sini bagi memperingati 38 warga dan penduduk Australia termasuk beberapa rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu.

Mereka termasuk rakan dan kaum keluarga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi itu yang datang dari Kuala Lumpur untuk upacara itu, kelihatan mengalirkan air mata sambil meletakkan ranting wattleseed berwarna kuning pada kalungan bunga bagi mengingati mangsa tragedi itu.

Ketua biskop Katolik Melbourne Denis Hart mengalu-alukan kehadiran orang ramai di upacara itu sebelum kumpulan koir The Australian Boys menyanyikan lagu kebangsaan.

Hart berkata serangan itu memang layak dikutuk. " Sebab atas keganasan ini berlaku, tidak percaya dan kutukan terhadap pelaku memberi laluan kepada perasaan belas kasihan, kasih sayang dan doa yang datang mencurah-curah bagi yang mereka yang dibebani sedemikian," katanya.

"Kamu tidak diketepikan dan dan tidak akan pernah begitu," kata Perdana Menteri Tony Abbott kepada para hadirin yang termasuk Konsul Jeneral Malaysia di sini, Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya dan pengurus MAS di sini Terence Swampillai.    

Abbott berkata ia adalah masa untuk memperingati semula negara untuk menyokong mereka yang berkabung, mendapatkan keadilan bagi mereka yang telah mati dan bagi keluarga mereka dan untuk bekerja ke arah menjadikan dunia ini tempat tinggal yang lebih baik. - Bernama