• Khalid Ibrahim Khalid Ibrahim
1 / 2
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipanggil Lembaga Disiplin PKR untuk hadir ke sesi pendengaran, esok.

Namun Lembaga Disiplin turut mencadangkan tarikh lain mengikut kesesuaian Abdul Khalid.

“Lembaga Disiplin ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima surat jawapan tunjuk sebab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 6 Ogos 2014.

“Dengan ini dimaklumkan juga bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta hadir ke sesi pendengaran Lembaga Disiplin pada 8 Ogos 2014 (Jumaat) jam 3 petang di ibu pejabat PKR.

“Sekiranya masa dan tarikh tersebut tidak sesuai, Lembaga Disiplin turut mencadangkan masa dan tarikh lain iaitu sebelum jam 12 tengah hari pada 9 Ogos 2014 (Sabtu),” kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Kee Kwong, Abdul Khalid perlu memberi penjelasan kepada beberapa perkara berbangkit seperti soal penstrukturran air Selangor dan pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam.

“Selain isu kenyataan media yang dibuat Tan Sri Khalid pada 22hb Julai 2014, beliau turut akan diminta memberikan penjelasan berkenaan perkara-perkara berikut seperti penstrukturan air Selangor,elaun baru Menteri Besar Selangor, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman Tan Sri Abdul Khalid dengan Bank Islam dan cadangan lebuhraya baru Kidex,” katanya.