PRK: Pas belum bincang pilih calon
- Ahmad (kiri) ketika hadir ke Majlis Jalinan Mesra Bersama Rakyat Antara Kaum di Pejabat DUN Kota Lama, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU – Pas Kelantan masih belum membincangkan calon untuk PRK Dun
Pengkalan Kubor selepas kematian Adunnya, Datuk Noor Zahidi Omar, Rabu
lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu pengisytiharan kekosongan Dun tersebut yang akan diumumkan Speaker, Datuk Abdullah Ya’kob dalam waktu terdekat.
“Kita tunggu speaker maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, dan kita juga akan bergantung pada SPR bila akan diadakan PRK tersebut, biasanya dalam masa 60 hari,” katanya.
Beliau ditemui di Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Rakyat Pelbagai Kaum di Pejabat Dun Kota Lama, Jalan Kebun Sultan, yang turut dihadiri exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Dr Ramli Mamat.
Allahyarham Noor Zahidi yang merupakan Ketua Umno Bahagian Tumpat pada PRU sebelum ini menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Malah disebabkan prestasi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dilihat sebagai tidak memuaskan beberapa pihak, ada khabar angin mengatakan Pas kawasan tersebut didakwa telah menyediakan calon-calon pilihan mereka untuk menggantikan Noor Zahidi.
Mengulas isu tersebut, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, sehingga kini pihaknya masih belum membincangkan siapa yang akan dicalonkan untuk kerusi tersebut walaupun mengakui pelbagai cadangan dikemukakan.

4 orang berkata:
Pas tak payah sibuk isu calon di pkln.kubor. itu kan kerusi pkr. Satus quo perlu di maintain.
Nanti di tudoh pas tidak setia pada kawan. Lagi pun pkr dah jadi sebuah parti yang kuat dan hebat. Urusan pkr ,pas tak boleh campor.
Ramai prmimpin pkr yg.hebat. mereka ada rafizi,saifudin,syamsul dan juga ridziah.merrka semua boleh jadi calon di pkln.kubor nanti.
Pastinya,nurul juga ada potensi.dan boleh jadi mb kelantan pulak.
Pkr pastinya bekubor kat pkln.kubor, dengan isu politik xhabis2 kerja tak nampak pun. Jangan coma pandangan peribadi
Pkr hanya parti belakang mari..nanti masuk kubur..kat pengkalan kubur. Kelantan pas pegang biar pas buat keputusan
PKR (Pakar Konar Rakyat)dah Ada MB bagus kasi buang tunggu lah habis penggal Baru lah tukar...
Post a Comment